PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Perutusan Idul Fitri Presiden PAS  




Klik Play untuk mendengar Perutusan Idul Fitri Tuan Guru Presiden,
Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Penyampaian Sumbangan Aidilfitri  

YB Dr. Dzul menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga di 2B4.

Hj Zainuddin (Unit Pengurusan Zon3 DUN Jeram) dan En Zabidi (Pengerusi Persatuan Penduduk SA2) menyampaikan sumbangan kpd penduduk 2b1 yang cacat penglihatan.

Lihat album penuh di sini.

Pada 21 September 2008 baru-baru ini, YB Dr Dzulkefli Ahmad selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor telah sudi untuk melapangkan masa untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk Bandar Puncak Alam yang kurang bernasib baik.

Mereka termasuklah ibu tunggal, anak yatim dan juga fakir miskin. Ada antara juga yang hilang upaya seperti cacat penglihatan dan juga mengidapi sakit kritikal. Antara sumbangan yang diberikan adalah berbentuk beras, susu, gula dan juga wang tunai.

Bantuan yang yang disampaikan sendiri oleh YB Dr Dzul dari rumah ke rumah para penerima yang turut diiringi oleh Hj Hairi@Maruji bin Darmo, iaitu bekas Calon PAS DUN Jeram.

Pihak PAS Cawangan Shah Alam 2 mewakili para penduduk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Kuala Selangor. Tidak lupa juga kepada Unit Pengurusan Zon3 DUN Jeram , Hj Zainuddin Hj Mohd Sharif dan Pengerusi Penduduk Shah Alam 2, En Ahmad Zabidi Zainal Abidin yang turut menjayakan program ini.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Bicara Presiden : Masa untuk menyertai PAS  

Umum mengetahui bahawa negara kita kini berada dalam suasana kegawatan ekonomi yang menekan rakyat yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan pelaksanaan pembangunan ekonomi negara.

Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormati.

Umno yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di awal penubuhannya, kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah umat Islam dan orang Melayu terbela.

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan Umno seolah-olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah cubaan Umno untuk mengalih masalah yang berlaku di kalangan parti komponen BN pada ketika ini.

Sehubungan itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit, tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya, maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.

Sebagaimana yang dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke-54 yang lalu dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", bahawa sebenarnya perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.

PAS bukannya sebuah parti politik semata-mata, tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah. Perjuangan PAS adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan PAS di mana usaha-usaha PAS ialah:

Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam,

Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini,

Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta manghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Bertitik tolak dari hakikat ini, maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh Umno ini. PAS percaya bahawa ahli-ahli dan pimpinan Umno ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS.

Marilah bersama-sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Marilah bersama-sama menyertai PAS!

16 September 2008/ 16 Ramadhan 1429

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Dipetik dari : Laman Rasmi Tuan Guru Presiden PAS.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Iftar Jame'i PASTI Ibn Sina  

Pada 13 September 2008, PASTI Ibn Sina dengan kerjasama pihak Surau A-Taufiqiyah, Shah Alam 2 telah menganjurkan Iftar Jame'i bagi meraikan para pelajar dan ibu bapa di Surau At-Taufiqiyah baru-baru ini.

Majlis yang turut diserikan dengan kehadiran para jamaah surau telah dimulakan dengan majlis tahlil yang diketuai oleh Imam Rosham Muhammad yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor.

Para pelajar dan jamaah dijamu dengan hidangan istimewa nasi tomato resepi khas oleh Chef Zul yang juga salah seorang jamaah surau.

Majlis bersurai selepas selesai solat maghrib berjamaah. Lihat album penuh di sini.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Ihtifal PASTI Kuala Selangor 2008  



Aksi Juara Cilik Sajak 'Guruku'




Aksi Juara Nasyid Sepohon Kayu






Ahad. 3/8/2008. Majlis Ihtifal (Pusat Asuhan Tunas Islam)PASTI Kawasan Kuala Selangor yang Pertama telah berjaya di adakan di bangunan KAFA Integrasi Darul Syahadah KIDAS Saujana Utama, Sg Buloh hari ini. Pelbagai acara yang ditelah di pertandingkan seperti Hafazan, Azan, Pidato, Bercerita, Sajak dan Nasyid berkumpulan.

Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh Ustaz Sallehin B Mukhyi selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor. Beliau dalam ucapannya telah menyatakan “PASTI akan dijadikan pilot dalam menyediakan satu program yang seragam di seluruh Selangor”. Ustaz Solehin Mukhyi yang juga Penasihat PASTI Selangor.Beliau telah dimaklumkan tentang perkara ini menerusi Y. Bhg Dato’ MB Selangor dan peluang ini akan digunakan ke arah untuk standardkan pengiktirafan, emolumen selain pengajaran dengan memanfaatkan instrumen yang ada menerusi kerajaan baru Selangor.

Antara yang turut hadir Ustaz Kamil Bin Hj Sidek Selaku Pengerusi PASTI kawasan Kuala selangor, Sdr Sazali B Turiman Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor serta pimpinan-pimpinan PAS Kawasan.

Terdapat 16 PASTI yang mempunyai lebih kurang 900 orang pelajar berada dalam Kuala Selangor berada di kawasan Kuala Selangor.

Dipetik dari : Blog UPU Saujana Utama

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Karnival Sukan PASTI Ibn Sina 2008  





Pada 2 Ogos 2008 baru-baru ini PASTI Ibn Sina telah menganjurkan Karnival Sukan di Padang 2B2, Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam.

Karnival Sukan 2008 ini merupakan acara sukan julung-julung kali yang diadakan memandangan PASTI Ibn Sina baru sahaja ditubuhkan awal tahun 2008. Acara diserikan lagi dengan kehadirah Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkifli Ahmad sekaligus merasmikan acara ini.

Walaupun Karnival Sukan ini khas untuk para pelajar, ibu bapa juga turut diberi peluang dalam acara dewasa. Bukan itu sahaja cabutan cabutan bertuah juga turut disediakan.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Album : Protes Minyak di Stadium MBPJ, Kelana Jaya  



Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Album Hari Keluarga 2008  



Read More...
AddThis Social Bookmark Button