PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

MAJLIS ILMU DI SURAU SHAH ALAM 2 2009  

Kepada semua ahli Pas Cawangan Shah Alam 2 dengan ini diwar-warkan program majlis ilmu di Surau At-Taufiqiyyah Shah Alam 2 untuk tatapan, renungan dan tindakan bersama. Diharapkan agar sama-sama kita memenuhi program tersebut dengan membawa kaum keluarga bagi memenuhi tuntutan bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu kewajipan kepada setiap individu muslim.
Program ini Insya Allah ialah satu majlis yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan disisi Allah SWT agar kita menjadi umat Islam yang berkualiti dan berkuantiti. Jadual majlis ilmu seperti dinyatakan dibawah :
MINGGU 1 SETIAP BULAN
ISNIN, KHAMIS & SABTU - Slps Isyak Talaqi Al-Quran Imam & Bilal - Tn Hj Ahmad
RABU - Kuliah Isyak - Wasiat Iman & Nasihat Agama - Ustaz Tn Hj Ghazali Omar
JUMAAT - Kuliah Maghrib- Rahsia Khusyuk Dalam Solat - Tn Hj Ibrahim Omar
SABTU - 9 pagi - Tadabbur Al-Quran - Ustaz Shafwan
SABTU - Kuliah Maghrib - Kitab Tafsir - Ustaz Zainal Abidin Sulaiman
AHAD - Kuliah Subuh - Kitab Minhajtul 'abidin - Ustaz Tn Hj Fadzullah Shuib

MINGGU KE 2 SETIAP BULAN
ISNIN, KHAMIS & SABTU - Slps Isyak Talaqi Al-Quran Imam & Bilal - Tn Hj Ahmad
SELASA - Kuliah Isyak Seerah Sahabat Rasullullah - Ustaz Nazmi Abdul Karim
JUMAAT - Kuliah Maghrib Kitab Tasauf - Ustaz Tn Hj Yusri Abduk Karim
SABTU - Kuliah Subuh Kitab Tafsir - Ustaz Tn Hj Kamaruddin Abdul Hamid
AHAD - 10 pagi - Kelas Fardhu Ain Muslimat - Ustazah Nurmah Muhamad
AHAD - Kuliah Maghrib Kitab 'Pelita Hatiku' - YB Dato' Hj Ahmad Hj Abdul Latif

MINGGU KE 3 SETIAP BULAN
ISNIN, KHAMIS & SABTU - Slps Isyak Talaqi Al-Quran Imam & Bilal - Tn Hj Ahmad
SELASA - Kuliah Isyak 'Apa Erti Saya Menganut Islam' - Ustaz Md Fauzan Mazlan
RABU - Kuliah Isyak - Wasiat Iman & Nasihat Agama - Ustaz Tn Hj Ghazali Omar
JUMAAT - Kuliah Isyak Kitab Tafsir - Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz
SABTU, AHAD - 10 pagi Kelas Tajwid Muslimat - Imam Rosham Muhammad
AHAD - Kuliah Subuh Kitab Tafsir - Ustaz Zainal Abidin Sulaiman
AHAD - Kuliah Isyak Seerah Sahabat Rasullullah - Ustaz Nazmi Abdul Karim

MINGGU KE 4 SETIAP BULAN
ISNIN, KHAMIS & SABTU - Slps Isyak Talaqi Al-Quran Imam & Bilal - Tn Hj Ahmad
RABU - Kuliah Isyak - Kitab Bimbingan Mukminin - Ustaz Rusli Ibrahim
SABTU - Kuliah Subuh - Kitab Feqah - Ustaz Tn Hj Ghazali Harun
SABTU, AHAD - 10 pagi Kelas Tajwid Muslimat - Imam Rosham Muhammad
AHAD - Kuliah Isyak Kitab Tasauf Riyahus Salikin - Prof Madya Hj Saud Ibrahim

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Makluman : Hajjah Rokiah Kini di Hospital Kuala Lumpur  

Hajjah Rokiah (kanan) berbual dengan YB Dr Dzul semasa penyampaian sumbangan Aidilfitri baru-baru ini.

Untuk pengetahuan semua Hajjah Rokiah (balu kepada Arwah Kamal) kini berada di Hospital Kuala Lumpur kerana sedang menjalani rawatan akibat penyakit barah.

Puan Hajjah Rokiah, pengidap barah kini adalah seorang ibu tunggal yang sedang menyara 4 orang anak yang masih kecil dan sedang bersekolah. Arwah suami beliau, yang juga merupakan seorang aktivis PAS Shah Alam 2, dan pernah menjawat jawatan Bendahari Cawangan telah kembali ke rahmatullah semasa menunaikan haji di Makkah setahun yang lalu.

Menurut wakil Muslimat PAS Puncak Alam yang sempat menziarahi beliau baru-baru ini di Wad Radiologi dan Onkologi, HKL, keadaan beliau amat kritikal dan tutur kata beliau amat lemah.

Sebarang bantuan boleh disalurkan kepada terus ke akaun CIMB 12380078378524 atas nama anaknya Muhamad Amirul Hakim Bin Kamal.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

SEJARAH PENUBUHAN PASTI IBNU SINA  

Idea penubuhan Pasti ialah pada sekitar tahun 2006 di mana 'think tank' memikirkan tentang anak-anak ahli parti yang menghantar anak-anak mereka di taska-taska milik persendirian, padahal kita mempunyai modul Pasti yang telah diuji keberkesanannya dalam mendidk anak-anak menjadi insan yang beriman. Tambahan pula apabila diketahui bahawa Pasti yang berdekatan telah mendapat kepercayaan dan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

‘Think tank’ memikirkan bahawa masanya telah tiba untuk Pas Cawangan bergerak maju seiring dengan perubahan kearah pemantapan organisasi parti yang survival, dengan memiliki markaznya sendiri untuk menjalankan aktiviti-aktiviti usrah, mesyuarat dan tempat sumber maklumat yang terkini. Disamping itu ia secara tidak langsung akan menjana ekonomi parti dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sebagai sumbangan kepada masyarakat dalam hal pendidikan pra-sekolah.

Oleh yang demikian, bermula pada Ogos tahun 2006 maka aktiviti mengumpul dana telah diusahakan oleh ‘think tank’ dengan kekuatan tenaga yang ada dengan meletakkan sasaran Pasti akan dibuka pada awal tahun 2007. Hajat kami tak kesampaian kerana sumber kewangan tidak mencukupi namun kami tidak mudah berputus asa.

Usaha diteruskan juga pada awal tahun 2007 ibarat ‘berpantang ajal menyerah kalah sebelum berjuang bermati-matian'. Kaedah pinjaman sebanyak RM50-00 sebulan kepada ahli-ahli bermula dari bulan januari hingga ke disember 2007 diusulkan serta tanpa tunggu lama terus dijalankan disamping sumbangan sahabat luar serta bayaran zakat dikalangan sahabat digerakkan.

Maka akhirnya pada September 2007 impian untuk menubuhkan Pasti dimakbulkan jua oleh Allah. Syukur tidak terhingga kepadaNya yang telah memudahkan urusan ini. Mesyuarat pada bulan Oktober telah memutuskan dengan menamakannya dengan nama Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2. Pada November 2007 ‘banner’ pendaftaran tahun 2008 telah dinaikan di simpang-simpang yang strategik di kawasan Shah Alam 2. Dalam pada itu mesyuarat telah memutuslan rumah No 52 Lorong Lautan Samudera 9/3, dijadikan tapak Pasti serta Pusat khidmat masyarakat Pas Cawangan. Setelah bayaran sewa yang pertama dibuat maka gotong-royong kerja mengecat bangunan Pasti dijalankan bersama-sama.

Pada Disember 2007, Alhamdulillah Pasti Ibnu Sina telah didatangi oleh para ibubapa dan masyarakat setempat dan sebanyak 33 orang pelajar 'pioneer' telahpun didaftarkan beserta dengan pengambilan 2 orang guru yang berdedikasi.

Seterusnya Jemaah Pengurusan telahpun diwujudkan dengan dianggotai oleh Hj Zai (pengurus), Mahazan (pen pengurus), Wan Rafiin (Setiausaha), Mohd Zulkifli (Bendahari) dan AJK terdiri daripada Mohd Fadzli, Ahmad Mahizan dan Pidy.

Marilah kita sama-sama berdoa agar usaha dan amalan kita yang sedikit ini diterima oleh Allah sebagai amalan kebajikan dengan mengharapkan keredhaanNya semata-mata. Amin

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Pertandingan Bowling PAS Shah Alam 2  

Encik Haris selaku juara acara berpasangan.
Gambar penuh di sini.

25 Disember 2008 : PAS Shah Alam 2 telah menganjurkan bowling yang diadakan di Pasaraya Ole-Ole, Seksyen 18, Shah Alam. Pertandingan ini juga disertai oleh En Haris yang merupakan Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram serta beberapa rakan dari PAS Fasa 3. Senarai pemenang adalah seperti berikut:

Acara Berpasangan :

Juara - En Haris & Pasangan
Naib Juara - Sdr Izali & Isteri
Ketiga - Sdr Abu Amsyar & Isteri

Acara Individu :

Juara Kategori Muslimin - Sdr Mahzan Jusoh
Juara Kategori Muslimat - Ustazah Faiz

PAS Shah Alam 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Pengarah Program, Sdr Mahzan Jusoh yang telah bertungkus lumus menjayakan pertandingan ini. Jumpa lagi pada tahun hadapan 2009.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Ziarah Warga Kurang Bernasib Baik  

Walaupun susah, rombongan kami tetap diraikan dengan air teh dan biskut.

21 Disember 2008 : PAS Shah Alam 2 yang diketuai oleh Hj Zainuddin yang juga merupakan wakil Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor bagi kawasan Shah Alam 2 sempat menziarahi beberapa keluarga kurang bernasib baik di sekitarnya baru-baru ini.

Salah seorangnya merupakan fakir miskin yang mempunyai tanggungan yang ramai yang tinggal di Fasa 2B3 dan seorang lagi merupakan pengidap sakit buah pinggang yang menyewa di Fasa 2B1 (gambar di sini).

Keadaan mereka amat menyayat hati, dan kami berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan negeri dan melalui Lembaga Zakat Selangor. Selain itu, kami juga menawarkan kepada salah seorang anak mereka untuk belajar secara percuma di PASTI Ibnu Sina, Shah Alam 2.

Kepada sesiapa

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Selamat Hari Raya Eidul Adha  

Pihak PAS Cawangan Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua muslimin muslimat khususnya buat warga Shah Alam 2 dan Bandar Puncak Alam. TaqabbalLahu minkum...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Berita Kelahiran  

Comelnya, usianya baru 8 hari.
Lagi gambar di sini.

PAS Shah Alam 2 mengucapkan tahniah kepada Sdr Roslan dari 2B6 yang baru menimang cahaya mata kira-kira seminggu lalu. Alhamdulillah, rombongan kami yang diketuai oleh Hj Zainuddin sempat bertemu keluarga Roslan dan bayi beliau yang diberitakan akan bertolak ke kampung ada keesokkan harinya.

Turut bersama kami juga Pengarah MTD iaitu Hj Razali Tumirin yang sudi melapangkan masa menyertai program ziarah kami.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Usrah Dari Kacamata Tuan Guru Nik Radzi Nik Mat  

TG Nik Radzi sudi bergambar kami sejurus selesainya program.
Lagi gambar di sini.

27 November 2008 : Pas Shah Alam 2 menganjurkan Liqa' Mahabbah bersama Tuan Guru Nik Radzi Nik Mat di Pusat Komuniti Pas Shah Alam 2, Puncak Alam. Program bermula pada jam 10 malam dan dihadiri oleh ahli PAS Puncak Alam dalam suasana yang sangat mesra.

Tujuan program ini dianjurkan ialah untuk menambahkan lagi kekuatan kefahaman ahli-ahli dalam konsep tarbiyyah melalui kaedah berusrah yang merupakan nadi atau nyawa dalam memenuhi tuntutan berjamaah apabila melibatkan diri dalam perjuangan Islam disamping mengukuhkan lagi ukhuwwah sesama ahli.

Antara yang menarik Tuan Guru berkata bahawa "Pihak musuh tidak takut orang PAS yang pergi ke ceramah-ceramah tapi mereka amat gentar dengan ahli yang komited usrah"

Sesi soal jawab diteruskan dengan soalan2 isu semasa dan majlis berakhir pada jam 11.45 malam.

Laporan oleh : Hj Zai MS
Photo : Unit Fotografi PAS SA2
.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button