PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Pissa2 Hantar Peserta Ke Sukan Pasti Mini Futsal & Bolajaring  

Ketibaan Pasukan PASTI Ibnu Sina lokasi pertandingan.
Album penuh di sini.

Pada 19hb April 2009 bersamaan hari Ahad bertempat di padang bola di Bukit Badong, Ijok telah diadakan Sukan Pasti Mini Futsal & Bolajaring Peringkat Kawasan Kuala Selangor bagi kali yang kedua.

PisSa2 (Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2) telah menghantar kontijen sukan seramai 20 orang peserta setelah 2 minggu lamanya menjalani latihan yang dibantu oleh guru-guru PisSa2.

Bagi acara mini futsal, pasukan bolasepak PisSa2 telah melangkah ke peringkat separuh akhir dan nasib tidak menyebelahi mereka yang tumpas tipis dengan jaringan 0-1 kepada Pasti Little Ikhwan.

Namun kekecewaan ditebus semula apabila berjaya mengekalkan kedudukan pemenang tempat Ketiga kejohanan dengan menewaskan Pasti Aisyah melalui sepakan penalti 5-2.

Manakala dalam acara bolajaring, pasukan PisSa2 menduduki tempat kedua dalam kumpulan dengan 2 menang, 1 seri dan satu kekalahan. Walau bagaimanapun pencapaian kali ini amatlah memberansangkan.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua yang telah memberikan sokongan dan dorongan lebih-lebih lagi kepada semua guru, ibubapa dan ajk pengurusan yang turut serta dan hadir dalam acara yang cukup meriah ini.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Membeli Sambil Menderma dengan Produk Tuk Guru  


Antara produk terlaris di pasaran:

1. Jus Tuk Guru - RM20.00

  • Gabungan makanan sunnah yang disebut dalam al-Quran dan al-Hadith.
  • Sebagai makanan untuk kecerdasan minda.
  • Berperisa strawberi dan disukai oleh kanak-kanak.
  • Maklumat lanjut di sini.
2. Kismis Tuk Guru - RM10.00
  • Dbacakan doa dan ayat al-Quran oleh ustaz dan pelajar maahad tahfiz
  • Membantu menguatkan ingatan dan mencerdaskan minda.
  • Maklumat lanjut di sini.
3. Air As-Syifa' Tuk Guru - RM10.00
  • Ikhtiar kepada 1000 penawar.
  • Tulisan ayat al-Quran atas pinggan putih
  • Mengandungi doa Tuk Guru
  • Maklumat lanjut di sini.
4. Produk-produk lain di sini.

Sila hubungi Wakil Pengedar Puncak Alam di talian 019-2382238 untuk tempahan.

'Ke Arah Memartabatkan Ekonomi Ummah'

.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang  

Sdr Hanif, wakil PAS Shah Alam 2 komited membantu Kontinjen PAS Selangor
di Peti Undi Sungai Tinggi, DUN Trong.
Album penuh di sini.

Alhamdulillah pada 5 hingga 7 April 2009 Pas Cawangan Shah Alam 2 telah menghantar 5 bala tenteranya di medan perjuangan untuk memenangkan dan memertabatkan Islam bersama dengan 15 yang lain daripada Pas Bandar Puncak Alam dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang PRK 059 baru-baru ini.

Kali ini Kem Pas Selangor telah diarahkan untuk bertugas di kawasan Dun Trong yang majoritinya pekat UBN. Pelbagai saat suka dan duka dalam menempuh ujian ini dijadikan satu pengalaman yang amat berguna pada masa hadapan. Lebih lebih lagi berhadapan dengan ramai pengundi di saluran 1 peringkat umur warga emas.

Provokasi berlaku di mana-mana, mujurlah PAS semakin matang dengan taktik-taktik kotor UBN yang menemui jalan buntu serta gagal. Akhirnya calon PAS Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin diistiharkan mengekalkan kemenangan dengan undi majoriti 2,789 iaitu PAS mendapat undi 21,860 berbanding calon UBN Ismail Saffian 19,071 manakala calon bebas (kacau daun aje) Kamarul Ramizu 62 undi.

Takbirrr!!!!. Allahu Akbarrrr!!!

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Selangor  

Sepakat sehati sejiwa nampaknya Ketua Cawangan
dan Naib Ketua Cawangan PAS SA2 .
Album penuh di sini.

Alhamdulillah pada 5 April 2009 yang lalu (Ahad) bertempat di Dewan Kuliah Inpens International College Kuala Selangor pada jam 8.30 pagi hingga 5 petang, Pas Kawasan Kuala Selangor telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke 21 dengan dirasmikan oleh AJK Pas Pusat YB Dr Dzulkefly Ahmad. Majlis ini menjadi catatan bersejarah sebab pertama kali wakil Kelab Penyokong Pas dijemput bersama-sama.

Usia 21 tahun telah mencerminkan bahawa Pas Kawasan semakin matang serta meningkat usia pemuda. Pas Cawangan Shah Alam 2 telah menghantar 6 orang untuk menjadi perwakilan, 3 mewakili pemuda dan 3 lagi mewakili cawangan.

Sesuai dengan usia pemuda, permulaan mesyuarat agak tegang tapi semuanya berjalan dengan teratur sebab Allah & Rasul menjadi pegangan mutlak kepada perjuangan. Akhirnya 2 orang daripada Pas Caw SA2 mewakili Pas Kawasan dan 2 orang mewakili Pemuda Kawasan.

Selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Mudah-mudahan amalan dan kerja yang dijalankan mendapat kerahmatan dariNya Yang Maha Esa. Taqabballahu minna wa minkum.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button