PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Hari Karnival Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2  


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin memaklumkan bahawa PIBG dan Kelab Guru Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 (SKPA2) akan mengadakan Hari Karnival Sekolah bermula pada 27/6/2009 (Sabtu jam 3 petang) sehingga 28/6/2009 (Ahad) di perkarangan SKPA2.

Sehubungan dengan itu dipohon kepada semua warga penduduk Puncak Alam supaya dapat bersama-sama hadir meraikan dan memeriahkan program yang bakal berlangsung. Sumbangan daripada semua amat diharapkan bagi membantu menambahkan tabung PIBG SKPA2 seterusnya dapat disampaikan kembali kepada anak-anak kita melalui aktiviti dan program yang dirancang dari masa ke semasa.

Sekiranya ada dikalangan warga penduduk yang dapat membantu mencari penaja bagi sumbangan program tersebut (termasuk daripada pihak luar, agensi kerajaan, swasta, korporat dan sebagainya) bolehlah berhubung terus dengan saya atau Setiausaha PIBG (019-2311178).

Kerjasama, sumbangan dan bantuan daripada semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Rosham Muhammad
YDP PIBG SKPA2
HP: 016-6500991

Read More...
AddThis Social Bookmark Button