PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Saham Wakaf Surau At-Taufiqiyyah, Shah Alam 2  

Bangunan surau sementara yang dibina dengan papan lapis.


Dewan solat muslimat & muslimin


Tempat wudhuk muslimin.


Cadangan tapak baru.
Lagi gambar di sini.

Surau At-Taufiqiyyah memerlukan kira-kira RM300,000-00 untuk membina dan menyiapkan surau baru yang berkeluasan 3,200 kaki persegi di Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam. Setakat ini surau sementara dibina masih menggunakan papan lapis sebagai dinding yang didirikan di atas tapak dewan orang ramai.

Rayuan derma juga pernah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 25 Sept 2008. Baca berita lanjut di sini.

Skim saham wakaf ini telah diluluskan oleh phak MAIS dengan No Rujukan MAIS : MAIS/KP/PBM001/01 bertarikh 13 Februari 2008. Pelepasan cukai juga diluluskan.

Sumbangan/Cek boleh dibuat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR melalui ke akaun berikut:

Akaun BIMB : 12038010041109
Akaun BSN : 1010041000015957

Sila hantarkan slip bank atau cek ke alamat berikut untuk rekod penerimaan:

Surau At-Taufiqiyyah,
Lorong Az-Zaharah 10/2,
Seksyen 10, Shah Alam 2,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor

Orang ramai boleh juga menghubungi Haji Zainuddin Mohd. Shariff di talian 013-3331681 untuk sebarang pertanyaan. Semoga sumbangan tuan puan mendapat ganjaran berpanjangan di sisi Allah Taala. Insya Allah.

AddThis Social Bookmark Button

7 Komen di sini

  • Admin  
    October 21, 2008 at 10:54 AM

    harap dapat sebarkan utk mempercepatkan pembinaan bermula.

    -admin-

  • Anonymous  
    October 25, 2008 at 3:38 PM

    Dah cuba ke minta kerajaan selangor? krjn selangor kan krjn Pakatan Rakyat lps tu krjn selangor kan kaya, tak kan die tak bagi kot....? klu tak bagi maknanya mcm sama dengan jeeee.....

  • Anonymous  
    October 25, 2008 at 3:49 PM

    PAS selangor sepatutnya dah tak payah menjadikan minta derma dr org ramai sbg sumber utama medapatkan kewangan untuk membuat sesuatu perkara khususnya dlm membuat kebajikan kepada rakyat.

    Dulu boleh skrng dah berbeza, dulu pembangkang skrng krjn.....

    Dulu bersusah payah kita nak menang... skrng dah menang...

    Dulu kita membuat janji dlm kempen skrng kita kena melaksanakan janji dlm kempen...

    Kalaulah buat masjid atau surau atau apa-apa lah tentang agama ISLAM pun payah krjn skrng nak bagi maknanya mcm sama dengan jeee...

  • izali  
    October 27, 2008 at 7:11 AM

    encik amiin,

    alhamdulillah, pihak surau menerima peruntukan daripada kerajaan negeri sejumlah RM50,000 setahun.

    tapi kita membuka peluang kpd orang ramai untuk menderma dan sama2 beroleh pahala dan beramal jariah.

    tahukah anda bahawa sedekah salah satu amalan utk memperoleh pahala yang tidak putus hingga walaupun kita sudah mati.

  • Anonymous  
    October 27, 2008 at 5:07 PM

    Alhamdulillah, PAS Selangor mesti menggunakan dan menikmati semua instrument kemudahan yang ada pada krjn baru sekarang sepertimana semasa berada dlm pembangkang dahulu yang kita idam-idamkan sekiranya PAS dapat memerintah.

    terutama sekali perkara yang berkaitan dengan ISLAM.

    orang PAS mesti berfikiran terbuka, jangan terlalu taksub kepada krjn yang dimenangi tapi tidak dapat melaksanakan apa-apa yang dicita-citakan..

    wassalam.

  • Anonymous  
    October 31, 2008 at 9:53 AM

    sedekah amal jariah yang berpanjangan dan bekalan di hari kemudian.
    Jika nak buat kebajikan sila teruskan untuk faedah diri sendiri juga.
    Jika tidak janganlah pulak halang orang nak buat kebajikan.
    Hidup ini hanya pinjaman, duit, nyawa,anak2, kereta, Dll.
    Orang yang cerdik ialah ingat sentiasa kematian dan bersiap sedia menghadapi.
    Lu fikirlah sendiri

  • abufeissal  
    February 20, 2010 at 9:23 PM

    Kepada en is-Haq, saya percaya tidak ada di kalangan masyarakat kita ini ingin menghalang individu-individu yang ingin membuat sebarang sumbangan/kebajikan.

    Juga saya percaya semua masyarakat setempat kita ini amat memahami, malah mengingati berkenaan dengan kematian.

    Maka, adalah tidak wajar bagi saudara menggunakan frasa 'Orang yang cerdik', seolah-olah ada di pandangan mata saudara ini ada individu yang kurang cerdik dari anda.

    Tona 'Lu fikirlah sendiri' adalah lebih kepada arah memerli. Wajarkah kita mengingatkan saudara-saudara kita dengan cara memerli?

    Yang baik dari Allah, yang kurang adalah dari saya sendiri.

Post a Comment