Mini Konvokesyen PASTI Ibnu Sina 2010 meriah
Album penuh oleh Sdr Materazi di siniAlbum penuh oleh Sdr AKS di sini.
PENDAFTARAN PELAJAR BARU
PASTI IBNU SINA, SHAH ALAM 2
KINI DIBUKA!!
“MENJANA GENERASI BERTAKWA”
HUBUNGI :
019-3161291 (PENGURUS)
016-9559792 (KETUA GURU)
Kategori Pasti » Email Post » 0 Komen di sini »
PASTI @ Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam
Kategori Pasti » Email Post » 0 Komen di sini »
Bakat Anak-anak Kita
Persembahan bercerita Bahasa Inggeris
sempena Karnival Mesra Rakyat Puncak Alam 2010.
Persembahan Nasyid sempena Hari Terbuka Aidilfitri
Persatuan Penduduk Shah Alam 2 (PPSA2)
Kategori Pasti » Email Post » 0 Komen di sini »
Galeri Album Updated
Salam,
Galeri album utk aktiviti berikut telah diupdate:
1. Persembahan PASTI Ibnu Sina di Karnival Mesra Rakyat Puncak Alam.
2. Hari Sukan PASTI Ibnu Sina 2010
3. Sekitar Sukan KSP 2010
- Acara futsal
- Acara ping pong
- Sukan Nisa' (congkak, baru seremban, gubahan)
Sila layari Galeri dipautan di atas.
Kategori Pasti » Email Post » 0 Komen di sini »
Sukan PASTI Ibnu Sina 2009
Album penuh di sini. Rakaman video di sini.
-laporan penuh menyusul, video juga akan diupload-
Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat, disusuli dengan acara perbarisan oleh anak-anak Pasti, ucapan daripada Pengurus Pasti, YDP Pas Kaw., Pengerusi Pasti Kaw, Pengarah Pasti Negeri, acara-acara sukan dan diselang-seli dengan cabutan nombor bertuah. Majlis bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari.
Walaupun umur PisSa2 baru mencecah 2 tahun namun sokongan, dokongan serta kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat amatlah menggalakkan dalam memberikan amanah serta kepercayaan untuk mendidik anak-anak menjadi insan rabbani melalui Parti Islam SeMalaysia menerusi PASTI dibawah Dewan Pemuda Pas.
PisSa2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan wang ringgit dalam menjayakan majlis sukan pada kali ini. Jazakallahu khairan kashira. Taqabballahu minna wa winkum.
Kategori Pasti » Email Post » 0 Komen di sini »
Pissa2 Hantar Peserta Ke Sukan Pasti Mini Futsal & Bolajaring
PisSa2 (Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2) telah menghantar kontijen sukan seramai 20 orang peserta setelah 2 minggu lamanya menjalani latihan yang dibantu oleh guru-guru PisSa2.
Bagi acara mini futsal, pasukan bolasepak PisSa2 telah melangkah ke peringkat separuh akhir dan nasib tidak menyebelahi mereka yang tumpas tipis dengan jaringan 0-1 kepada Pasti Little Ikhwan.
Namun kekecewaan ditebus semula apabila berjaya mengekalkan kedudukan pemenang tempat Ketiga kejohanan dengan menewaskan Pasti Aisyah melalui sepakan penalti 5-2.
Manakala dalam acara bolajaring, pasukan PisSa2 menduduki tempat kedua dalam kumpulan dengan 2 menang, 1 seri dan satu kekalahan. Walau bagaimanapun pencapaian kali ini amatlah memberansangkan.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua yang telah memberikan sokongan dan dorongan lebih-lebih lagi kepada semua guru, ibubapa dan ajk pengurusan yang turut serta dan hadir dalam acara yang cukup meriah ini.
Kategori Pasti » Email Post » 2 Komen di sini »
Guru PISSA2 Kena Demam Denggi
Kategori Pasti » Email Post » 0 Komen di sini »
PISSA2 Hantar Guru & Pengurus Berkursus
Kategori Pasti » Email Post » 0 Komen di sini »
SELAMAT BELAJAR DI TAHUN 2009 PASTI IBNU SINA
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pada tahun ini Pasti Ibnu Sina telah mencapai pertambahan bilangan murid berbanding pada tahun yang lepas. Pada tahun 2008 pendaftaran pelajar ialah seramai 33 orang manakala pada tahun 2009 seramai 58 orang.
Mereka terdiri daripada 20 pelajar enam tahun (Lelaki-9,Perempuan-11), 28 pelajar lima tahun (Lelaki-15,Perempuan-13) dan 10 pelajar empat tahun(Lelaki-5,Perempuan-5). Guru-guru pula terdiri dari Cikgu Iza (6 tahun), Cikgu Fiza (5 tahun), Cikgu Marsha (4 tahun), Cikgu Normah (Ketua Guru).
Pihak pengurusan Pasti Ibnu Sina amatlah berbesar hati dengan sumbangan, sokongan dan dokongan daripada para ibubapa sekalian untuk sama-sama mendidik anak-anak Pasti agar menjadi generasi yang seimbang daripada sudut akademik dan keagamaan. Mudah-mudahan usaha kebersamaan ini akan membuahkan natijah yang baik kepada keseluruhan kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Ikhlas drp al-faqir
Hj Zainuddin
Pengurus Pasti Ibnu Sina
Kategori Pasti » Email Post » 0 Komen di sini »
SEJARAH PENUBUHAN PASTI IBNU SINA
‘Think tank’ memikirkan bahawa masanya telah tiba untuk Pas Cawangan bergerak maju seiring dengan perubahan kearah pemantapan organisasi parti yang survival, dengan memiliki markaznya sendiri untuk menjalankan aktiviti-aktiviti usrah, mesyuarat dan tempat sumber maklumat yang terkini. Disamping itu ia secara tidak langsung akan menjana ekonomi parti dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sebagai sumbangan kepada masyarakat dalam hal pendidikan pra-sekolah.
Oleh yang demikian, bermula pada Ogos tahun 2006 maka aktiviti mengumpul dana telah diusahakan oleh ‘think tank’ dengan kekuatan tenaga yang ada dengan meletakkan sasaran Pasti akan dibuka pada awal tahun 2007. Hajat kami tak kesampaian kerana sumber kewangan tidak mencukupi namun kami tidak mudah berputus asa.
Maka akhirnya pada September 2007 impian untuk menubuhkan Pasti dimakbulkan jua oleh Allah. Syukur tidak terhingga kepadaNya yang telah memudahkan urusan ini. Mesyuarat pada bulan Oktober telah memutuskan dengan menamakannya dengan nama Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2. Pada November 2007 ‘banner’ pendaftaran tahun 2008 telah dinaikan di simpang-simpang yang strategik di kawasan Shah Alam 2. Dalam pada itu mesyuarat telah memutuslan rumah No 52 Lorong Lautan Samudera 9/3, dijadikan tapak Pasti serta Pusat khidmat masyarakat Pas Cawangan. Setelah bayaran sewa yang pertama dibuat maka gotong-royong kerja mengecat bangunan Pasti dijalankan bersama-sama.
Pada Disember 2007, Alhamdulillah Pasti Ibnu Sina telah didatangi oleh para ibubapa dan masyarakat setempat dan sebanyak 33 orang pelajar 'pioneer' telahpun didaftarkan beserta dengan pengambilan 2 orang guru yang berdedikasi.
Seterusnya Jemaah Pengurusan telahpun diwujudkan dengan dianggotai oleh Hj Zai (pengurus), Mahazan (pen pengurus), Wan Rafiin (Setiausaha), Mohd Zulkifli (Bendahari) dan AJK terdiri daripada Mohd Fadzli, Ahmad Mahizan dan Pidy.
Kategori Pasti » Email Post » 1 Komen di sini »
Ihtifal PASTI Ibnu Sina 2008
Majlis yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Kuala Selangor, Sdr Rosham Muhammad mencuit tumpuan dan perhatian para penonton apabila majlis diserahkan kepada dua pengacara cilik untuk menghoskan acara persembahan para pelajar. Antara persembahan menarik termasuklah bacaan dan hafazan surah Al-Quran, deklamasi sajak, nasyid Islami, hiwar Bahasa Arab, dan juga bercerita. Ihtifal kali ini turut menampilkan persembahan pidato oleh Adik Mariah Al-Qubtiah yang juga merupakan Johan Pidato PASTI Peringkat Kuala Selangor.
Alangkah bertuahnya para pelajar apabila sempat menggayakan fesyen muslim dan muslimah semasa pertunjukan busana muslim di hadapan Ahli Parlimen, YB Dr Dzulkefly Ahmad yang baru tiba kira-kira jam 10.30 pagi.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi PASTI Ibnu Sina, Tn Hj Zainuddin Hj Mohd Sharif dan diiringi ucapan Pengerusi PASTI Kuala Selangor, Ustaz Mohd Kamil Sidek. Ucapan Perasmian Penutup pula disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad yang terpaksa berangkat ke program lain sejurus selepas itu.
Tanpa YB Dr Dzul, acara ihtifal diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada semua pelajar. Antara pelajar cemerlang PASTI Ibnu Sina sessi 2008 ialah:
Pelajar 6 tahun :
- Nurrain Athirah bt Zikri (97%)
- Luqmanul Hakim bin Hj Zainuddin (95%)
- Muhammad Akmal Afiq bin Mohd Kamal Ariffin (94%)
- Ahmad Imran bin Abdul Azim (98%)
- Muhamaad Azri Syahid bin Sakil (84.4%)
- Nur Fatin Farhana bt Mohd Ghazali (82%)
- Amirul Azwar bin Mohd Azhar (96%)
- Nurrain Athirah bt Zikri
- Luqmanul Hakim bin Hj Zainuddin
- Ahmad Imran bin Abdul Azim
Kategori Pasti » Email Post » 2 Komen di sini »
Jemputan ke Ihtifal PASTI Ibnu Sina 2008
dalam peperiksaan pertengahan tahun 2008.
Tarikh : 15 November 2008 (sabtu)
Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Gemilang SRK Fasa 2 Bdr Puncak Alam
Perasmi : YB Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
.
Kategori Pasti » Email Post » 0 Komen di sini »
Lawatan PASTI Ke Zoo Negara
Program lawatan sambil belajar anak-anak PASTI Ibnu Sina, Shah Alam 2 ke ZOO Negara telah berjaya diadakan pada 2 Nov 2008 baru-baru ini. Penyertaan seramai 22 orang anak-anak PASTI , 3 orang guru serta 4 orang dari pengurusan PASTI telah turut serta. Bermula dari jam 8.30 pagi kami semua berkumpul di Pasti Ibnu Sina dan menaiki bas.
Tepat jam 9 pagi kami bertolak menuju ke Zoo Negara dan dimulai dengan bacaan doa naik kenderaan mudah-mudahan perjalanan ini selamat pergi dan selamat pulang kembali. Anak-anak Pasti sangat gembira dan ceria semasa berada di dalam bas. Lagu-lagu nasyid didendangkan serta dikumandangkan dan diselang-seli dengan ucapan Pengurus Pasti. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam untuk tiba ke destinasi.
Semasa tiba di pintu masuk Zoo, gambar kenangan dirakamkan bersama. Perkhidmatan keretapi bergerak jadi pilihan kami untuk meninjau keindahan ciptaan Allah dalam kehidupan alam haiwan. Pertunjukan burung kakak tua dan anjing laut tak dilepaskan begitu sahaja dan sedar tak sedar sudah 3 jam masa diluangkan di sana. Jam menunjukkan 1 petang lalu kami beredar keluar dan tiba di Pasti Ibnu Sina pada 2 petang.
Program ini merupakan satu program tahunan dan tahun 2009 kami merancang untuk pergi ke tempat lain pula. Terima kasih atas sokongan dan dokongan semua yang terlibat menjayakan lawatan Zoo Negara ini. Read More...
Kategori Pasti » Email Post » 5 Komen di sini »
Iftar Jame'i PASTI Ibn Sina
Pada 13 September 2008, PASTI Ibn Sina dengan kerjasama pihak Surau A-Taufiqiyah, Shah Alam 2 telah menganjurkan Iftar Jame'i bagi meraikan para pelajar dan ibu bapa di Surau At-Taufiqiyah baru-baru ini.
Majlis yang turut diserikan dengan kehadiran para jamaah surau telah dimulakan dengan majlis tahlil yang diketuai oleh Imam Rosham Muhammad yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor.
Para pelajar dan jamaah dijamu dengan hidangan istimewa nasi tomato resepi khas oleh Chef Zul yang juga salah seorang jamaah surau.
Majlis bersurai selepas selesai solat maghrib berjamaah. Lihat album penuh di sini.
Kategori Aktiviti, Pasti » Email Post » 0 Komen di sini »
Ihtifal PASTI Kuala Selangor 2008
Aksi Juara Cilik Sajak 'Guruku'
Aksi Juara Nasyid Sepohon Kayu
Ahad. 3/8/2008. Majlis Ihtifal (Pusat Asuhan Tunas Islam)PASTI Kawasan Kuala Selangor yang Pertama telah berjaya di adakan di bangunan KAFA Integrasi Darul Syahadah KIDAS Saujana Utama, Sg Buloh hari ini. Pelbagai acara yang ditelah di pertandingkan seperti Hafazan, Azan, Pidato, Bercerita, Sajak dan Nasyid berkumpulan.
Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh Ustaz Sallehin B Mukhyi selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor. Beliau dalam ucapannya telah menyatakan “PASTI akan dijadikan pilot dalam menyediakan satu program yang seragam di seluruh Selangor”. Ustaz Solehin Mukhyi yang juga Penasihat PASTI Selangor.Beliau telah dimaklumkan tentang perkara ini menerusi Y. Bhg Dato’ MB Selangor dan peluang ini akan digunakan ke arah untuk standardkan pengiktirafan, emolumen selain pengajaran dengan memanfaatkan instrumen yang ada menerusi kerajaan baru Selangor.
Antara yang turut hadir Ustaz Kamil Bin Hj Sidek Selaku Pengerusi PASTI kawasan Kuala selangor, Sdr Sazali B Turiman Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor serta pimpinan-pimpinan PAS Kawasan.
Terdapat 16 PASTI yang mempunyai lebih kurang 900 orang pelajar berada dalam Kuala Selangor berada di kawasan Kuala Selangor.
Dipetik dari : Blog UPU Saujana Utama Read More...
Kategori Aktiviti, Pasti » Email Post » 0 Komen di sini »
Karnival Sukan PASTI Ibn Sina 2008
Pada 2 Ogos 2008 baru-baru ini PASTI Ibn Sina telah menganjurkan Karnival Sukan di Padang 2B2, Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam.
Karnival Sukan 2008 ini merupakan acara sukan julung-julung kali yang diadakan memandangan PASTI Ibn Sina baru sahaja ditubuhkan awal tahun 2008. Acara diserikan lagi dengan kehadirah Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkifli Ahmad sekaligus merasmikan acara ini.
Walaupun Karnival Sukan ini khas untuk para pelajar, ibu bapa juga turut diberi peluang dalam acara dewasa. Bukan itu sahaja cabutan cabutan bertuah juga turut disediakan. Read More...
Kategori Aktiviti, Album, Pasti » Email Post » 0 Komen di sini »

