PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

MUKTAMAR PAS 2009  



PAS Shah Alam 2 mengucapkan selamat bermuktamar. Allahu Akbar!!

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Catatan Sebelumnya...  

"Jom kita gi ceramah kak", itulah agaknya kata-kata SU kita.

Sepatutnya berita ini disiarkan terlebih dahulu di mana kami dan beberapa wakil dari Cawangan Penaja Fasa 3 turut bersama-sama mengedarkan handbill ceramah umum di tapak Pasar Malam Sa2.

Walaupun usaha kami ini hanyalah sekelumit, tapi kami berbangga turut membantu Ceramah Pelancaran Komplek PAS Kuala Selangor yang mencecah kutipan RM20 ribu (kutipan sebenarnya difahamkan lebih RM20,500)

Allahu Akbar...

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

RM20,003-00 Pada Satu Malam??  

Barisan petugas dari PAS SA2 bergambar bersama Tuan Guru Presiden
sebelum majlis bermula.

RM20,003-00 pada satu malam?? Jangan salah sangka, angka tersebut merupakan jumlah kutipan pada Pelancaran Pembangunan Kompleks PAS Kuala Selangor yang dirasmikan oleh Dato' seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Stadium Kuala Selangor semalam.

Terima kasih kepada semua petugas terutama petugas dari PAS Shah Alam 2 yang turut menjadi tonggak utama dalam menjayakan program pada malam tadi.

Berita lanjut di Weblog PAS Kuala Selangor di sini.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Sukan PASTI Ibnu Sina 2009  

Perbarisan Pelajar PASTI Ibnu Sina
Album penuh di sini. Rakaman video di sini.

-laporan penuh menyusul, video juga akan diupload-
3 Mei 2009 - Alhamdulillah Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2 telah berjaya menganjurkan Sukan Tahunan Bagi Kali Yang Ke 2 bertempat di padang bolasepak Shah Alam 2. Majlis telah dirasmikan oleh Al-fadzil Ustaz Hasbulah Mohd Ridzuan (Pengarah Pasti Negeri Selangor). Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tn Hj Rashid Mohd Kassim (YDP Pas Kaw. Kuala Selangor), Ustaz Mohd Kamil Sidek (Pengerusi Pasti Kaw. Kuala Selangor) , Pengerusi Persatuan Penduduk SA2 Sdr Ahmad Zabidi Zainal Abidin serta pengurus-pengurus Pasti di kawasan Puncak Alam.

Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat, disusuli dengan acara perbarisan oleh anak-anak Pasti, ucapan daripada Pengurus Pasti, YDP Pas Kaw., Pengerusi Pasti Kaw, Pengarah Pasti Negeri, acara-acara sukan dan diselang-seli dengan cabutan nombor bertuah. Majlis bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari.

Walaupun umur PisSa2 baru mencecah 2 tahun namun sokongan, dokongan serta kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat amatlah menggalakkan dalam memberikan amanah serta kepercayaan untuk mendidik anak-anak menjadi insan rabbani melalui Parti Islam SeMalaysia menerusi PASTI dibawah Dewan Pemuda Pas.

PisSa2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan wang ringgit dalam menjayakan majlis sukan pada kali ini. Jazakallahu khairan kashira. Taqabballahu minna wa winkum.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button