PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

PAS SA2 Gempur Bukit Gantang di Hari Penamaan Calon  

Bersedia untuk 'bertempur' sesudah solat subuh.
Album penuh di sini.


Rakaman menarik semasa penamaan calon.


Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Mara Ke Penamaan Calon P059 Bukit Gantang  

Lewat tengah malam ini, Pas Cawangan Shah Alam 2 akan menghantar beberapa orang jentera pilihanraya untuk bersama-sama turut serta dalam penamaan calon di PRK P059 Bukit Gantang, Perak Darul Ridzuan pada 29hb Mac 2009 (ahad).

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mencalonkan Ir Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calon yang layak bertanding bagi menentang calon UBN Ismail Saffian. Semua sahabat2 seperjuangan diminta mendoakan pemergian kami ini selamat pergi dan selamat tiba dibawah lindungan daripada Allah SWT.

'Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat'. Takbirrrr!!!!. ALLAHU AKBARRR!!!!.

p/s- nantikan berita dari kami semasa proses penamaan calon di sana.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Guru PISSA2 Kena Demam Denggi  

Dimaklumkan bahawa Cikgu Marsha iaitu guru pasti PISSA2 (Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2) telah dimasukkan ke wad Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam kerana disyaki mengidap demam denggi.

Beliau kini ditempatkan di tingkat 4 bilik no 424. Kepada muslimin dan muslimat yang berkesempatan bolehlah menziarahi beliau di sana. Pihak pengurusan PISSA2 mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa dengan keizinan daripada Allah SWT. Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Read More...
AddThis Social Bookmark Button

PISSA2 Hantar Guru & Pengurus Berkursus  

Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2 (PISSA2) telah mengorak langkah bagi memenuhi keperluan pendidikan dengan menghantar guru-guru Pasti berkursus baru-baru ini. Kursus Asas Guru Pasti ini telah dianjurkan oleh Pasti Negeri Selangor bertempat di Komplek Sukan Sri Siantan, Selayang pada 27-28-2-2009 hingga 1-3-2009.

Seramai 3 orang guru iaitu Cikgu Rashidah, Cikgu Marsha dan Cikgu Hafiza telah berjaya mengikuti kursus yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu. Objektif kursus tersebut ialah supaya dapat membimbing guru menjadi mereka yang cukup terlatif dari aspek jasmani dan rohani dalam menghadapi cabaran pendidikan pra sekolah masa kini. Pada tahun ini Pasti Negeri akan cuba mengadakan 4 kali kursus bagi melayakkan guru-guru mendapat pengiktirafan di Majlis Konvokensyen Guru-Guru Pasti yang berlangsung pada setiap akhir tahun.

Sementara seminar pengurus-pengurus Pasti telah diadakan pada 1-3-2009 di tempat yang sama bertujuan untuk mendidik dan mentarbiyah supaya perjalanan Pasti selaras dengan manual pengurusan yang telah diberikan kepada semua Pasti di negeri ini. Ustaz Hasbullah yang merupakan Pengarah Pasti Negeri Selangor dalam ucapan perasmian dan penutupnya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak mudahan Pasti menjadi lebih cemerlang dan terbilang daripada semua sudut pendidikan kerohanian dan keduniaan.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button