PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Hari Bakat Pasti Kuala Selangor  


Pada 26 Julai 2009, Hari BAKAT Pasti Kuala Selangor telah diadakan di Bangunan Perpustakaan Awam Kuala Selangor.Pasti Ibnu Sina, Shah Alam 2 tidak ketinggalan mengambil bahagian di dalam acara-acara yang dipertandingkan seperti Nasyid, Pidato, Azan, Bercerita, Hafazan dan Sajak.
Anak-anak Pasti kita kesemuanya bersemangat pada hari itu berkat tunjuk ajar dari guru-guru Pasti kita yang berdedikasi.Hasilnya Pasti Ibnu Sina, Shah Alam 2 telah berjaya mendapat tempat Pertama dalam pertandingan Nasyid dan dalam pertandingan Pidato telah berjaya mendapat tempat Ketiga. Sebagai makluman Pasti An-nur, Bukit Badong telah berjaya menjadi Juara Keseluruhan.
Moga Allah memberi rahmat di tahun hadapan supaya kita mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Amin. Keseluruhan Gambar klik di sini.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button