PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Menyampaikan Sumbangan Buku Sekolah  



Lihat lagi gambar di sini.

Seramai 6 keluarga yang melibatkan 10 orang pelajar telah menerima bantuan berbentuk buku tulis sumbangan Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.

Turut bersama menyampaikan sumbangan dalam konvoi satu malam ialah Bendahari, Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Cawangan Shah Alam 2.

Semoga aktiviti kebajikan ini berterusan dan dapatkan menginsafi diri kami masing-masing.


Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Pembukaan Karnival Sukan KSP 2010 Meriah  

Album penuh di sini.

Alhamdulillah, hari Sabtu 6hb Mac 2010 telah berlangsung Majlis perasmian karnival sukan KSP 2010 yang dianjurkan julung-julung kalinya oleh PAS SA2.

Sejurus selepas majlis perasmian itu yang dirasmikan oleh YDP Kwsn Kuala Selangor Tn Hj Rashid, telah diadakan pertandingan bolasepak bawah 12 tahun dimana ianya telah dimenangi oleh pasukan Pelik FC, dibawah team manager nya En Azalee.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan seni silat yang dijemput dari Felda Bukit Cherakah dan juga persembahan alat kawalan jauh kapalterbang oleh Sheikh Ghaffar.

Karnival Sukan yang akan berlangsung sepanjang bulan 3 ini diharap dapat mengeratkan hubungan pas dengan masyarakat setempat dan memecahkan tanggapan masyarakat yang pas hanya mendekati masyarakat semasa pilihanraya sahaja.

Pada hari berikutnya (7 Mac 2010) telah diadakan pertandingan dart dan karom. Acara dart telah dimenangi oleh 1. Haniff 2. Mohd Nor dan 3. Azalee manakala acara karom telah dimenangi oleh 1. Azman 2. Zamri Cenkudu dan 3, Nor Azmi.

Minggu selanjutnya akan diadakan pertandingan futsal (13 Mac 2010) ping pong (14 Mac 2010) dan sukan muslimat (20 Mac 2010)

Laporan oleh : Abu Amsyar, Pengarah Sukan KSP 2010.


Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Ceramah Maulidur Rasul (Muslimat)  

Para Muslimat Shah Alam 2 dijemput menghadiri Ceramah Maulidur Rasul seperti butiran berikut:

Penceramah : Ustazah Nurma Muhammad
Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 3 petang.
Tempat : PASTI Ibnu Sina, Shah Alam 2.

Dikesempatan ini, PAS SA2 ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua muslimin muslimat.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Karnival Sukan PAS 2010  

Warga Puncak Alam khususnya warga Shah Alam 2 dijemput untuk menyertai dan menyaksikan Karnival Sukan PAS 2010 yang akan bermula pada 6 hingga 13 Mac 2010.

Acara pembukaan akan diadakan pada 6 Mac 2010 bertempat di Padang Bola 2B3 dan akan dirasmikan oleh YDP PAS Kuala Selangor, Tn Haji Abdul Rashid Kassim jam 9 pagi. Manakala jadual pertandingan adalah sperti berikut:

6 Mac 2010 [9.00 pagi - 1.00 petang]
Bola Sepak (bawah 12 tahun) di Padang Bola 2B3

7 Mac 2010 [9.00 pagi - 5.00 petang]
Carom / Dart di PASTI Ibnu Sina

13 Mac 2010 [9.00 pagi - 5.00 petang]
Bola Sepak (bawah 12 tahun) di Padang Bola 2B3

13 Mac 2010 [9.00 pagi - 5.00 petang]
Futsal di Gelanggang Futsal Fasa 3.

14 Mac 2010 [9.00 pagi - 5.00 petang]
Ping Pong di Dewan Orang Ramai Fasa 3

Walaubagaimanapun acara penutup dan penyampaian hadiah belum lagi diputuskan.

Bersama kita meriahkan Karnival Sukan PAS yang julung kali diadakan oleh Cawangan PAS Shah Alam 2.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Catatan Sebelumnya...  

"Jom kita gi ceramah kak", itulah agaknya kata-kata SU kita.

Sepatutnya berita ini disiarkan terlebih dahulu di mana kami dan beberapa wakil dari Cawangan Penaja Fasa 3 turut bersama-sama mengedarkan handbill ceramah umum di tapak Pasar Malam Sa2.

Walaupun usaha kami ini hanyalah sekelumit, tapi kami berbangga turut membantu Ceramah Pelancaran Komplek PAS Kuala Selangor yang mencecah kutipan RM20 ribu (kutipan sebenarnya difahamkan lebih RM20,500)

Allahu Akbar...

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang  

Sdr Hanif, wakil PAS Shah Alam 2 komited membantu Kontinjen PAS Selangor
di Peti Undi Sungai Tinggi, DUN Trong.
Album penuh di sini.

Alhamdulillah pada 5 hingga 7 April 2009 Pas Cawangan Shah Alam 2 telah menghantar 5 bala tenteranya di medan perjuangan untuk memenangkan dan memertabatkan Islam bersama dengan 15 yang lain daripada Pas Bandar Puncak Alam dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang PRK 059 baru-baru ini.

Kali ini Kem Pas Selangor telah diarahkan untuk bertugas di kawasan Dun Trong yang majoritinya pekat UBN. Pelbagai saat suka dan duka dalam menempuh ujian ini dijadikan satu pengalaman yang amat berguna pada masa hadapan. Lebih lebih lagi berhadapan dengan ramai pengundi di saluran 1 peringkat umur warga emas.

Provokasi berlaku di mana-mana, mujurlah PAS semakin matang dengan taktik-taktik kotor UBN yang menemui jalan buntu serta gagal. Akhirnya calon PAS Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin diistiharkan mengekalkan kemenangan dengan undi majoriti 2,789 iaitu PAS mendapat undi 21,860 berbanding calon UBN Ismail Saffian 19,071 manakala calon bebas (kacau daun aje) Kamarul Ramizu 62 undi.

Takbirrr!!!!. Allahu Akbarrrr!!!

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Mara Ke Penamaan Calon P059 Bukit Gantang  

Lewat tengah malam ini, Pas Cawangan Shah Alam 2 akan menghantar beberapa orang jentera pilihanraya untuk bersama-sama turut serta dalam penamaan calon di PRK P059 Bukit Gantang, Perak Darul Ridzuan pada 29hb Mac 2009 (ahad).

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mencalonkan Ir Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calon yang layak bertanding bagi menentang calon UBN Ismail Saffian. Semua sahabat2 seperjuangan diminta mendoakan pemergian kami ini selamat pergi dan selamat tiba dibawah lindungan daripada Allah SWT.

'Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat'. Takbirrrr!!!!. ALLAHU AKBARRR!!!!.

p/s- nantikan berita dari kami semasa proses penamaan calon di sana.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

PRK P036 - Pas Caw Shah Alam 2 Hantar Petugas  

15 Januari 2009-Pas Cawangan Shah Alam 2 (dibawah MTD Jeram) akan menghantar petugas sebanyak 10 orang dalam PRK P036 Kuala Terengganu. Rombongan dijangka bertolak pada malam ini jam 10 dan dijangka tiba pada 5 pagi. Difahamkan rombongan ini turut disertai juga daripada Pas Cawangan Fasa 1,2 dan 3 Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.
Misi dan visi kami ialah 'turun padang' untuk Islam bagi memberikan kemenangan kepada calon Parti Islam SeMalaysia (PAS) iaitu YB Mohd Abdul Wahid Endut. Kami berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Kepada sahabat yang tidak dapat pergi, doakan perjalanan rombongan ini selamat tiba dan kembali.
Marilah kita sama-sama sekali lagi mengiringi doa agar Allah memberikan kemenangan kepada Pas dalam PRK P036 kali ini. Mudah-mudahan usaha,kerja,perjalanan ini akan dinilai olehNya sebagai amalan kebajikan di dunia dan di akhirat. Matlamat kita hanyalah keredhaan Allah semata-mata.
Takbirrrr.
Allahu Akbarr.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Pertandingan Bowling PAS Shah Alam 2  

Encik Haris selaku juara acara berpasangan.
Gambar penuh di sini.

25 Disember 2008 : PAS Shah Alam 2 telah menganjurkan bowling yang diadakan di Pasaraya Ole-Ole, Seksyen 18, Shah Alam. Pertandingan ini juga disertai oleh En Haris yang merupakan Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram serta beberapa rakan dari PAS Fasa 3. Senarai pemenang adalah seperti berikut:

Acara Berpasangan :

Juara - En Haris & Pasangan
Naib Juara - Sdr Izali & Isteri
Ketiga - Sdr Abu Amsyar & Isteri

Acara Individu :

Juara Kategori Muslimin - Sdr Mahzan Jusoh
Juara Kategori Muslimat - Ustazah Faiz

PAS Shah Alam 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Pengarah Program, Sdr Mahzan Jusoh yang telah bertungkus lumus menjayakan pertandingan ini. Jumpa lagi pada tahun hadapan 2009.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Usrah Dari Kacamata Tuan Guru Nik Radzi Nik Mat  

TG Nik Radzi sudi bergambar kami sejurus selesainya program.
Lagi gambar di sini.

27 November 2008 : Pas Shah Alam 2 menganjurkan Liqa' Mahabbah bersama Tuan Guru Nik Radzi Nik Mat di Pusat Komuniti Pas Shah Alam 2, Puncak Alam. Program bermula pada jam 10 malam dan dihadiri oleh ahli PAS Puncak Alam dalam suasana yang sangat mesra.

Tujuan program ini dianjurkan ialah untuk menambahkan lagi kekuatan kefahaman ahli-ahli dalam konsep tarbiyyah melalui kaedah berusrah yang merupakan nadi atau nyawa dalam memenuhi tuntutan berjamaah apabila melibatkan diri dalam perjuangan Islam disamping mengukuhkan lagi ukhuwwah sesama ahli.

Antara yang menarik Tuan Guru berkata bahawa "Pihak musuh tidak takut orang PAS yang pergi ke ceramah-ceramah tapi mereka amat gentar dengan ahli yang komited usrah"

Sesi soal jawab diteruskan dengan soalan2 isu semasa dan majlis berakhir pada jam 11.45 malam.

Laporan oleh : Hj Zai MS
Photo : Unit Fotografi PAS SA2
.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Wakil YB Dr Dzul (Sdr Maskor) Di Kemeriahan Majlis Khatan Surau At-Taufiqiyyah  

Peserta diraikan dengan meriah.
Album penuh di sini.

22 November 2008 - Surau At-Taufiqiyyah, Shah Alam 2 telah diadakan upacara berkhatan secara beramai-ramai yang melibatkan 28 orang peserta anjuran bersama Persatuan Penduduk Shah Alam 2 dengan Surau At-Taufiqiyyah. Majlis berlangsung dengan suasana penuh keceriaan.

Majlis bermula pada 7 malam dengan solat maghrib berjamaah disusuli dengan perarakan bunga manggar dan diselang-seli dengan gemaan paluan kompang serta percikan bunga api. Para peserta kemudian disambut mesra oleh Pengerusi Surau dan Pengerusi Persatuan Penduduk dan acara ucapan pun bermula.

Setelah selesai ucapan daripada Pengerusi Surau, Pengerusi Persatuan Penduduk lalu majlis yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh wakil Ahli Parlimen Kuala Selangor iaitu Sdr Maskor Tumiran. Beliau menyampaikan salam YB Dr Dzulkefly Ahmad yang tidak dapat hadir bersama disebabkan masalah kesihatan YB yang tidak mengizinkan.

Beliau mengucapkan syabas kepada jawatankuasa penganjur kerana majlis seperti ini amatlah membawa erti yang cukup besar kepada masyarakat.

Selesai merasmikan, beliau telah sudi menyampaikan cenderahati kepada semua peserta dan setelah selesai solat Isyak berjamaah, semua yang hadir telah dijemput bersama untuk menikmati hidangan yang disediakan. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam. Esok Insya Allah para paserta akan dikhatankan oleh Dr Jisham Awang daripada Poliklinik Shamsara yang bermula pada jam 7.30 pagi.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Konvoi Ziarah Ulama' : Hari Ketiga  

Kenangan bersama pihak pengurusan Maahad Darul Quran, Rusila
Album penuh hari ketiga di sini.


Hari ketiga, hari terakhir program ziarah kami kali ni.Sesudah solat subuh berjemaah, majoriti sahabat tak sabar2 lagi nak merasa kehebatan nasi dagang terengganu. Jam 7 pagi, rombongan kami mula menjejaki nasi dagang di warung-warung pekan batu 6. Tapi hajat kami tak sampai, warung nasi dagang tutup pulok hari tuh, nasi lemak ler habuannya.

Check-out dari Hotel Ayahanda Ustaz Khairul jam 8.30 pagi, kami singgah di pekan Batu 6 nak cari baju batik. Almaklum la sebelum ni bila attend jer function rasmi, asyik-asyik pakai baju batik yg sama gak. Pukul 10 pagi, tuan penyelaras program bawa kami ke Losong...hmmm...agak-agaknya dia nak suruh kami cari ape kat sini. Sempat singgah sebentar di Pulau Wan Man, tempat terdirinya monumen Masjid yang menjadi lambang pembaziran penguasa sekarang.

Dalam perjalanan kami ke Rusila, kami sempat menyusuri Pantai Batu Burok, lokasi peristiwa berdarah tanda kezaliman pemerintah. Tak jauh dari situ, tersergam indah Masjid Terapung tempat kami singgah melepas penat dan lelah.

Jam 11.30 pagi, tiba di Masjid Rusila dengan disambut oleh keriuhan pelajar2 Darul Quran yang berkumpul di sekitar Masjid. Rupa-rupanya kempen pilihanraya memilih pemimpim pelajar sedang berjalan. Alhamdulillah, awal2 lagi anak2 ini dah didedahkan dengan siasah Islam, InsyaAllah mereka ini akan menjadi pelapis kepada gerakan Islam satu hari kelak.

Kami dapat berita Tuan Guru Presiden ke luar negara, tapi Alhamdulillah kami disambut mesra oleh pengurusan Sekolah Darul Quran dengan diketuai oleh Mudirnya. Ustaz Hamzah Ngah pun ada bersama pada waktu tu. Dialog yang berlalu lebih setengah jam tu dilanjutkan hingga ke Restoran Lempeng, terletak di seberang jalan Masjid Rusila.

Masa berlalu pantas, jam 12.45 tghari kami mengucap selamat tinggal pada pimpinan Darul Quran. Ustaz Hamzah pesan datang pulok pertengahan tahun depan, kite candat sotong ngan Tuan Presiden.

Perjalanan pulang agak selesa, tak banyak kenderaan di jalan raya. Kami selamat tiba di Puncak Alam jam 9.30 mlm. Ke temu lagi di ziarah yang akan datang....Takbirrr.

Abu Amsyar.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Konvoi Ziarah Ulama' : Hari Kedua  

Berdialog mesra dangan TG Harun Taib di rumahnya di Markaz Tarbiyyah Kubang Lembek, Manir.
Album penuh hari kedua di sini.

Selesai Solat Subuh berjemaah, kami bersiap ke Pasar Siti Khadijah untuk meninjau aktiviti pagi disana sambil bersarapan. Hj Din, anak jati Kg Gulang-gulang ambil kesempatan ini beli Golok Kelantan, katanya nak tumbangkan 10 ekor Lembu Raya Haji ni dengan golok baru. Suasana meriah dengan kaum Hawa mendominasi perniagaan disini.

Jam 10 pagi check-out dari hotel, dapat diskaun lagi pasal hotel hanya ambik rate sehari je walhal kami checkin pukul 8.30 pagi kelmarin. Syukran, moga Hotel Raudhah ni terus maju.

Perjalanan seterusnya ke Rantau Panjang. Agak-agak hampir dengan pekan ni, tersergam indah Masjid Antara Budaya di tepi jalan. Alangkah cantiknya Negeri Serambi Mekah ini berdakwah, Masjid yang bercirikan senibina bangsa Cina ditegakkan di sini.Sayangnya kami hanya merakamkan dari jauh kerana ianya ditutup kerana kerja-kerja pembinaan.

Rantau Panjang sinonim dengan pekan membeli –belah, kami pun tak buang masa terus shopping sama. ”Beras cap arnab jadi buruan, Haji gulang-gulang dapat habuan, Pak Mus juga yang terkilan”.

Dalam sibuk membeli-belah, terjumpa dengan sahabat lama, bekas rakyat Shah Alam 2 yang sekarang ni bertugas di Jeli. Sempat juga melepaskan rindu di tempat biasa, kedai kopi BNS cawangan Rantau Panjang.

Jam 1.30 petang kami bergerak menuju ke Nilam Puri. Agenda seterusnya, penyelaras program kami nak bawa melawat sekolah lamanya dan Masjid tertua di Tanah Melayu ini, Masjid Kampung Laut. Sempat jamak di sini sebelum meneruskan perjalanan kami ke Teluk Pasu, Negeri Darul Iman.

Jam sudah hampir 4 petang, destinasi yang dituju masih belum tiba. Ahh….perut aku dah memulas-mulas ni, bunyi macam nasyid Samir Yusuf, getus Si Mat Kedai. Kedai Sate Mastura di Kampung Jabi jadi pilihan kami untuk menggalas perut.Punye ler concentrate makan hingga tak perasan bekas Chief Justice, Tun Salleh Abbas ada di sebelah.

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah si Mat Kedai minta berhenti minum lagi, kali ni di Pantai Mengabang Talipot. Suasana pukul 6 petang di pantai amat menyamankan sambil pekena air nyiur. Hampir Maghrib kami tiba di teratak penyelaras program, di Teluk Pasu. Setelah makan malam bersama famili tuan rumah, kami bergerak menuju Kubang Lembek, tempat program diskusi hangat bersama Ustaz Harun Taib di rumahnya.

9.15 malam tiba di rumah Tuan Guru Ustaz Harun Taib, disambut mesra oleh Tuan Guru. Hidangan kuih raya dan kerpok jadi santapan kami sambil lontaran soalan dan kemusykilan diajukan kepada Tuan Guru. Hampir 2 jam Tuan Guru sudi melayan kami dengan pandangan dan nasihat kepada kami tentang Istiqamah dalam perjuangan. Terimakasih Tuan Guru, segala nasihat akan kami turuti.

Tiba di tempat persinggahan kami, Jam sudah pukul 12 malam, hanya bantal jadi tumpuan kami. Esok hari terakhir kami, destinasi Rusila jadi tempat terakhir persinggahan kami.



Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Konvoi Ziarah Ulama' : Hari Pertama  



Kenangan bersama Tuan Guru di hadapan rumahnya.
Album penuh di sini

Perjalanan Bermula

Tepat pada jam 11 malam 23/10/08, kami bertolak dari bumi Puncak Alam ke Serambi Mekah, Negeri Kelantan Darul Naim. ‘Hilux’ dan ‘Innova’ menjadi tunggangan rombongan seramai 6 sahabat, memecut laju ke Pantai Timur melalui laluan Simpang Pulai – Gua Musang.

Perjalanan yang diselang seli dengan hujan renyai-renyai, menambah lagi kesejukan kami semasa berada di puncak laluan ke Cameron Highland. Namun atas semangat juang yang kental, kami berazam untuk menjayakan misi 'Jelajah Ziarah Ulama’ ini dengan jayanya.

Hari Pertama : 24 Oktober 2008

Konvoi kali ini yang diketuai oleh Hj Zai telah singgah solat subuh di Masjid Taman Hajjah Halijah, Chabang Tiga Batu Jong, Kuala Krai pada jam 6 pagi.

Kami tiba di Kota Bharu, Bandaraya Islam, jam 7.30 pagi. Lalu bersarapan di Medan Pasar MPKB. Tersenyum lebar tauke Cekal Muda kerana hajatnya dapat dipenuhi. Kami buat keputusan cari hotel yang berdekatan dengan tempat tazkirah Tuan Guru, lalu Hotel Raudhah jadi pilihan setelah terpikat pandang pertama. ‘Check-in’ pukul 8.30 pagi dan terus turun mendengar kuliah di hadapan bangunan PAS negeri.

Kuliah Tok Guru bermula 9.30 pagi. Suasana di sini penuh sesak dengan orang ramai yang dahagakan ilmu. Kuliah berakhir pada jam 10.30 pagi.

Setelah selesai bersihkan diri, kami bersiap ke Masjid Muhammadi untuk solat Jumaat jam 12.30 tengahari. Sempat ronda-ronda sekitar masjid, segala macam minyak ada dijual, minyak mengkarung saja yang Pak Mus tak jumpa. Selesai solat Jumaat, berkesempatan bersua dan bersalaman dengan Mufti Perak, Datuk Harussani yang bersolat di masjid yang sama.

Kami makan tengahari di restoran tepi sungai Kelantan, ikut kata penyelaras program kami, Ustaz Khairul, situ boleh tahan gak daging bakar. Memang sedap daging bakarnya.

Hampir tiba Asar, kami bergerak dari Hotel Raudhah ke Pulau Melaka. Sempat solat Asar berjemaah di belakang Tok Guru. Selesai solat, Tok Guru sudi meluangkan masa hingga 30 minit bersama kami. Banyak persoalan dah terungkai dek jawapan Tok Guru yang penuh kiasan dan pengajaran. Antara kata-kata Tok Guru, “tulis dalam blog kena ingat Dosa dan Pahala…”. Banyak yang lupa akan hal ni.

Makan malam kami telah diatur oleh Hj Zai untuk bersama berdiskusi dengan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Mohd Zaki Ibrahim. Tempatnya di Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Banyak isu terkini dibincangkan. Lepas ni kami merancang jemput YB Zaki turun ke Puncak Alam pulak, kami belanja makan kat kedai Zam Fasa 3.

Jam pukul 12 mlm, kami pulang ke hotel diiringi hujan renyai-renyai tandanya malam ni tidur nyenyak.

.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Ziarah Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka  

Walaupun sakit lutut, Tuan Guru mesra menjawab setiap persoalan kami.

Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam keadaan sihat walaupun lututnya masih sakit. Gambar di atas dirakam selepas solat asar pada petang Jumaat 24 Oktober 2008 di Masjid Pulau Melaka. Terima kasih kepada Tuan Guru kerana sudi meluangkan masa selama lebih 30 minit untuk melayan karenah kami.

Sebenarnya kami dalam rangka Konvoi Ziarah Kelantan yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Shah Alam 2. Sehingga berita ini ditulis kami sedang menginap di Terengganu dan sempat menziarahi Ustaz Harun Taib sebentar tadi. Esok kami akan singgah di Masjid Rusila, sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Sudi-sudilah subscribe blog cawangan kami untuk menerima laporan penuh program ini sekembalinya kami nanti.

.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Layanan Mesra di Majlis Eidul Fitri Kuala Selangor  

Kami dilayan sendiri oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad. Lagi gambar di sini.

PAS Shah Alam 2 tidak ketinggalan untuk menghadiri Majlis Aidilfitri MP Kuala Selangor di Perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Selangor, Taman Bendahara pada 19 Oktober 2008.

Kami merasa terharu kerana disambut dan dilayan mesra oleh YB Dr Dzulkifly sendiri dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat Kuala Selangor. Kami juga sempat bermesra dengan Cikgu Rashid (YDP PAS Kuala Selangor), En Maskor (Pembantu Khas) dan Wakil Kelab Penyokong PAS Kaum India, En KS Vijay. Turut bersama kami juga En Arrifin (lebih mesra dgn panggilan Abang Janggut), En Zulkifli (Ketua Cawangan Fasa 3, Puncak Alam) dan En Mohd Aris (Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat PR DUN Jeram)

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur terutama kepada YB Dr Dzulkifly atas layanan yang telah diberikan. TaqabalalLahu minkum.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Sekitar Majlis Eidul Fitri PAS Shah Alam 2  




Perutusan Eidul Fitri Ketua Cawangan, Imam Rosham Muhammad.
Lagi video di sini.


Persembahan Lagu Raya oleh kanak-kanak PASTI.
Lihat album penuh di sini.

Shah Alam 2 - 17 Oktober 2008. Pas Cawangan serta Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2 telah menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri 2008 dengan penuh kemeriahan bermula pada jam 9 malam bertempat di Pusat Komuniiti PAS Shah Alam 2.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan perutusan Aidilfitri oleh Ketua Cawangan PAS Shah Alam 2 iaitu Sdr Rosham Muhammad dan diikuti dengan persembahan lagu raya oleh anak-anak PASTI Ibnu Sina.

Majlis ini telah mendapat sambutan diluar jangkaan daripada penduduk setempat kawasan Shah Alam 2 dan Puncak Alam dengan kehadiran melebihi 250 orang. Antara mereka yang hadir ialah ketua-ketua Pas Cawangan serta Ajk Fasa 1, 2 dan 3, Pengurus & Ajk Pasti Edu Kids Al-Amin Fasa 1, Pengurus & Ajk Pasti Little Ikhwan Fasa 2, serta para ibu-bapa anak-anak PASTI.

Semua anak-anak telah diberikan sumbangan 'duit raya' oleh Pengurus Pasti Ibnu Sina, Hj Zainuddin Hj Mohd Shariff. Majlis berakhir pada jam 11.30 malam. Kami Pas Cawangan Shah Alam 2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya. Insya Allah majlis seperti ini akan dimasukkan di dalam taqwim aktiviti tahunan Pas Cawangan Shah Alam 2.

TaqabalLahu minkum


Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Program Ziarah Aidilfitri  

Hj Zainuddin menyampaikan 'duit raya' kepada Sdr Mahazan yang baru menimang cahaya mata.

Lihat album penuh di sini.

Alhamdulillah Program Ziarah Raya 2008 yang bermula semalam bersamaan 13 Sept 2008, telah berjalan dengan lancar. Program ini yang bertujuan untuk menguatkan ukhwah sesama jemaah telah dimulakan di Fasa 2B1. Bermula selepas Solat Isyak di Surau At-Taufiqiyyah, Insyaallah akan diteruskan ke fasa-fasa yang lain selepas ini.

Program Ziarah di 2B1 dimulai di rumah En. Fadzli, kemudian En. Mat Nor, En. Pidy dan akhir sekali En. Mahazan. Program ini yang diketuai oleh Hj Zainuddin, telah diisikan dengan tazkirah ringkas oleh al-fadhil Ustaz Khairol. Acara pemberian duit raya serta Borang Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) turut disempurnakan kepada tuan rumah.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Penyampaian Sumbangan Aidilfitri  

YB Dr. Dzul menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga di 2B4.

Hj Zainuddin (Unit Pengurusan Zon3 DUN Jeram) dan En Zabidi (Pengerusi Persatuan Penduduk SA2) menyampaikan sumbangan kpd penduduk 2b1 yang cacat penglihatan.

Lihat album penuh di sini.

Pada 21 September 2008 baru-baru ini, YB Dr Dzulkefli Ahmad selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor telah sudi untuk melapangkan masa untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penduduk Bandar Puncak Alam yang kurang bernasib baik.

Mereka termasuklah ibu tunggal, anak yatim dan juga fakir miskin. Ada antara juga yang hilang upaya seperti cacat penglihatan dan juga mengidapi sakit kritikal. Antara sumbangan yang diberikan adalah berbentuk beras, susu, gula dan juga wang tunai.

Bantuan yang yang disampaikan sendiri oleh YB Dr Dzul dari rumah ke rumah para penerima yang turut diiringi oleh Hj Hairi@Maruji bin Darmo, iaitu bekas Calon PAS DUN Jeram.

Pihak PAS Cawangan Shah Alam 2 mewakili para penduduk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Kuala Selangor. Tidak lupa juga kepada Unit Pengurusan Zon3 DUN Jeram , Hj Zainuddin Hj Mohd Sharif dan Pengerusi Penduduk Shah Alam 2, En Ahmad Zabidi Zainal Abidin yang turut menjayakan program ini.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Iftar Jame'i PASTI Ibn Sina  

Pada 13 September 2008, PASTI Ibn Sina dengan kerjasama pihak Surau A-Taufiqiyah, Shah Alam 2 telah menganjurkan Iftar Jame'i bagi meraikan para pelajar dan ibu bapa di Surau At-Taufiqiyah baru-baru ini.

Majlis yang turut diserikan dengan kehadiran para jamaah surau telah dimulakan dengan majlis tahlil yang diketuai oleh Imam Rosham Muhammad yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor.

Para pelajar dan jamaah dijamu dengan hidangan istimewa nasi tomato resepi khas oleh Chef Zul yang juga salah seorang jamaah surau.

Majlis bersurai selepas selesai solat maghrib berjamaah. Lihat album penuh di sini.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button