PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Wakil YB Dr Dzul (Sdr Maskor) Di Kemeriahan Majlis Khatan Surau At-Taufiqiyyah  

Peserta diraikan dengan meriah.
Album penuh di sini.

22 November 2008 - Surau At-Taufiqiyyah, Shah Alam 2 telah diadakan upacara berkhatan secara beramai-ramai yang melibatkan 28 orang peserta anjuran bersama Persatuan Penduduk Shah Alam 2 dengan Surau At-Taufiqiyyah. Majlis berlangsung dengan suasana penuh keceriaan.

Majlis bermula pada 7 malam dengan solat maghrib berjamaah disusuli dengan perarakan bunga manggar dan diselang-seli dengan gemaan paluan kompang serta percikan bunga api. Para peserta kemudian disambut mesra oleh Pengerusi Surau dan Pengerusi Persatuan Penduduk dan acara ucapan pun bermula.

Setelah selesai ucapan daripada Pengerusi Surau, Pengerusi Persatuan Penduduk lalu majlis yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh wakil Ahli Parlimen Kuala Selangor iaitu Sdr Maskor Tumiran. Beliau menyampaikan salam YB Dr Dzulkefly Ahmad yang tidak dapat hadir bersama disebabkan masalah kesihatan YB yang tidak mengizinkan.

Beliau mengucapkan syabas kepada jawatankuasa penganjur kerana majlis seperti ini amatlah membawa erti yang cukup besar kepada masyarakat.

Selesai merasmikan, beliau telah sudi menyampaikan cenderahati kepada semua peserta dan setelah selesai solat Isyak berjamaah, semua yang hadir telah dijemput bersama untuk menikmati hidangan yang disediakan. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam. Esok Insya Allah para paserta akan dikhatankan oleh Dr Jisham Awang daripada Poliklinik Shamsara yang bermula pada jam 7.30 pagi.

AddThis Social Bookmark Button

1 Komen di sini

Post a Comment