PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

PISSA2 Hantar Guru & Pengurus Berkursus  

Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2 (PISSA2) telah mengorak langkah bagi memenuhi keperluan pendidikan dengan menghantar guru-guru Pasti berkursus baru-baru ini. Kursus Asas Guru Pasti ini telah dianjurkan oleh Pasti Negeri Selangor bertempat di Komplek Sukan Sri Siantan, Selayang pada 27-28-2-2009 hingga 1-3-2009.

Seramai 3 orang guru iaitu Cikgu Rashidah, Cikgu Marsha dan Cikgu Hafiza telah berjaya mengikuti kursus yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu. Objektif kursus tersebut ialah supaya dapat membimbing guru menjadi mereka yang cukup terlatif dari aspek jasmani dan rohani dalam menghadapi cabaran pendidikan pra sekolah masa kini. Pada tahun ini Pasti Negeri akan cuba mengadakan 4 kali kursus bagi melayakkan guru-guru mendapat pengiktirafan di Majlis Konvokensyen Guru-Guru Pasti yang berlangsung pada setiap akhir tahun.

Sementara seminar pengurus-pengurus Pasti telah diadakan pada 1-3-2009 di tempat yang sama bertujuan untuk mendidik dan mentarbiyah supaya perjalanan Pasti selaras dengan manual pengurusan yang telah diberikan kepada semua Pasti di negeri ini. Ustaz Hasbullah yang merupakan Pengarah Pasti Negeri Selangor dalam ucapan perasmian dan penutupnya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak mudahan Pasti menjadi lebih cemerlang dan terbilang daripada semua sudut pendidikan kerohanian dan keduniaan.

AddThis Social Bookmark Button

0 Komen di sini

Post a Comment