PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Sukan PASTI Ibnu Sina 2009  

Perbarisan Pelajar PASTI Ibnu Sina
Album penuh di sini. Rakaman video di sini.

-laporan penuh menyusul, video juga akan diupload-
3 Mei 2009 - Alhamdulillah Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2 telah berjaya menganjurkan Sukan Tahunan Bagi Kali Yang Ke 2 bertempat di padang bolasepak Shah Alam 2. Majlis telah dirasmikan oleh Al-fadzil Ustaz Hasbulah Mohd Ridzuan (Pengarah Pasti Negeri Selangor). Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tn Hj Rashid Mohd Kassim (YDP Pas Kaw. Kuala Selangor), Ustaz Mohd Kamil Sidek (Pengerusi Pasti Kaw. Kuala Selangor) , Pengerusi Persatuan Penduduk SA2 Sdr Ahmad Zabidi Zainal Abidin serta pengurus-pengurus Pasti di kawasan Puncak Alam.

Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat, disusuli dengan acara perbarisan oleh anak-anak Pasti, ucapan daripada Pengurus Pasti, YDP Pas Kaw., Pengerusi Pasti Kaw, Pengarah Pasti Negeri, acara-acara sukan dan diselang-seli dengan cabutan nombor bertuah. Majlis bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari.

Walaupun umur PisSa2 baru mencecah 2 tahun namun sokongan, dokongan serta kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat amatlah menggalakkan dalam memberikan amanah serta kepercayaan untuk mendidik anak-anak menjadi insan rabbani melalui Parti Islam SeMalaysia menerusi PASTI dibawah Dewan Pemuda Pas.

PisSa2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan wang ringgit dalam menjayakan majlis sukan pada kali ini. Jazakallahu khairan kashira. Taqabballahu minna wa winkum.

AddThis Social Bookmark Button

0 Komen di sini

Post a Comment