PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Pissa2 Hantar Peserta Ke Sukan Pasti Mini Futsal & Bolajaring  

Ketibaan Pasukan PASTI Ibnu Sina lokasi pertandingan.
Album penuh di sini.

Pada 19hb April 2009 bersamaan hari Ahad bertempat di padang bola di Bukit Badong, Ijok telah diadakan Sukan Pasti Mini Futsal & Bolajaring Peringkat Kawasan Kuala Selangor bagi kali yang kedua.

PisSa2 (Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2) telah menghantar kontijen sukan seramai 20 orang peserta setelah 2 minggu lamanya menjalani latihan yang dibantu oleh guru-guru PisSa2.

Bagi acara mini futsal, pasukan bolasepak PisSa2 telah melangkah ke peringkat separuh akhir dan nasib tidak menyebelahi mereka yang tumpas tipis dengan jaringan 0-1 kepada Pasti Little Ikhwan.

Namun kekecewaan ditebus semula apabila berjaya mengekalkan kedudukan pemenang tempat Ketiga kejohanan dengan menewaskan Pasti Aisyah melalui sepakan penalti 5-2.

Manakala dalam acara bolajaring, pasukan PisSa2 menduduki tempat kedua dalam kumpulan dengan 2 menang, 1 seri dan satu kekalahan. Walau bagaimanapun pencapaian kali ini amatlah memberansangkan.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua yang telah memberikan sokongan dan dorongan lebih-lebih lagi kepada semua guru, ibubapa dan ajk pengurusan yang turut serta dan hadir dalam acara yang cukup meriah ini.

AddThis Social Bookmark Button

2 Komen di sini

  • Anonymous  
    April 29, 2009 at 12:32 AM

    Alhamdulillah program berjaya diadakan dan berjaya mengekalkan nama Pasti Ibnu Sina, Shah Alam 2. Sekalung tahniah kepada guru-guru dan seluruh jawatankuasa pengurusan Pasti Ibnu Sina yang telah berusaha membawa kejayaan ini. - TYDP PAS Kuala Selangor

  • izali  
    May 8, 2009 at 5:22 AM

    Terima kasih TYDP PKKS kerana sudi komen di blog yg tak seberapa ini.

Post a Comment