PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

SELAMAT BELAJAR DI TAHUN 2009 PASTI IBNU SINA  

8 Januari 2009 - Pihak pengurusan Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2 dengan ini mengalu-alukan kehadiran anak-anak Pasti bagi tahun 2009. Terima kasih kepada sokongan masyarakat setempat yang masih kekal menaruh harapan dan kepercayaan kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam memberikan pendidikan pra-sekolah kepada anak-anak.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pada tahun ini Pasti Ibnu Sina telah mencapai pertambahan bilangan murid berbanding pada tahun yang lepas. Pada tahun 2008 pendaftaran pelajar ialah seramai 33 orang manakala pada tahun 2009 seramai 58 orang.

Mereka terdiri daripada 20 pelajar enam tahun (Lelaki-9,Perempuan-11), 28 pelajar lima tahun (Lelaki-15,Perempuan-13) dan 10 pelajar empat tahun(Lelaki-5,Perempuan-5). Guru-guru pula terdiri dari Cikgu Iza (6 tahun), Cikgu Fiza (5 tahun), Cikgu Marsha (4 tahun), Cikgu Normah (Ketua Guru).

Pihak pengurusan Pasti Ibnu Sina amatlah berbesar hati dengan sumbangan, sokongan dan dokongan daripada para ibubapa sekalian untuk sama-sama mendidik anak-anak Pasti agar menjadi generasi yang seimbang daripada sudut akademik dan keagamaan. Mudah-mudahan usaha kebersamaan ini akan membuahkan natijah yang baik kepada keseluruhan kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Ikhlas drp al-faqir
Hj Zainuddin
Pengurus Pasti Ibnu Sina

AddThis Social Bookmark Button

0 Komen di sini

Post a Comment