PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Berita Kematian : Hajjah Rokiah Zakaria  

Untuk makluman, Hajjah Rokiah Zakaria yang beritanya pernah disiarkan sebelum ini (berita di sini) telah meninggal dunia pada pukul 2 pagi tadi di Wad Radiologi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cherakah pada pukul 10 nanti.

Hajjah Rokiah Zakaria yang mengidapi sakit kanser dan merupakan balu kepada Arwah Kamal kini meninggalkan 4 orang anak yang kini yatim piatu kerana baru setahun kehilangan bapa mereka. Belum dapat dipastikan siapa yang akan menjaga anak-anak arwah.

Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun bank CIMB miliknya anaknya yang bernama Muhamad Amirul Hakim Bin Kamal no akaun 12380078378524

AL-FATIHAH.

AddThis Social Bookmark Button

1 Komen di sini

  • Anonymous  
    January 6, 2009 at 3:25 AM

    Takziah buat keluarga Hajjah Rokiah.

    Ketua Majlis Guru PASTI Pusat, Ustazah Saadiah dari Balik Pulau, Pulau Pinang telah kehilangan suaminya dalam satu kemalangan apabila motorsikal suaminya dihanyutkan arus deras di laluan jalanraya atas bukit baru Balik Pulau bulan lalu semasa satu peristiwa tanah runtuh. Kisah kemalangan tersebut telah tersiar di hampir semua akhbar harian utama. Malangnya tiada sebarang hebahan dibuat dalam media-media PAS walaupun kekananan beliau dalam organisasi pendidikan PAS. Beliau ditinggalkan bersama 3 orang anak yang masih berlajar termasuk yang sulung di peringkat kolej. Harap pihak Harakah, PAS atau PASTI Pusat tidak lagi terlepas pandang dalam menjaga kebajikan anak-anak beliau. Allahyarham bukan saja merelakan kesibukan isterinya untuk PASTI bahkan seringkali berkhidmat membawa isterinya ke mana sahaja program atau mesyuarat apatahlagi sejak pelantikan Ustazah Saadiah sebagai Ketua Guru PASTI. Sekadar untuk muhasabah diri...

Post a Comment