PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Lawatan PASTI Ke Zoo Negara  


Lihat album penuh di sini.

Program lawatan sambil belajar anak-anak PASTI Ibnu Sina, Shah Alam 2 ke ZOO Negara telah berjaya diadakan pada 2 Nov 2008 baru-baru ini. Penyertaan seramai 22 orang anak-anak PASTI , 3 orang guru serta 4 orang dari pengurusan PASTI telah turut serta. Bermula dari jam 8.30 pagi kami semua berkumpul di Pasti Ibnu Sina dan menaiki bas.

Tepat jam 9 pagi kami bertolak menuju ke Zoo Negara dan dimulai dengan bacaan doa naik kenderaan mudah-mudahan perjalanan ini selamat pergi dan selamat pulang kembali. Anak-anak Pasti sangat gembira dan ceria semasa berada di dalam bas. Lagu-lagu nasyid didendangkan serta dikumandangkan dan diselang-seli dengan ucapan Pengurus Pasti. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam untuk tiba ke destinasi.

Semasa tiba di pintu masuk Zoo, gambar kenangan dirakamkan bersama. Perkhidmatan keretapi bergerak jadi pilihan kami untuk meninjau keindahan ciptaan Allah dalam kehidupan alam haiwan. Pertunjukan burung kakak tua dan anjing laut tak dilepaskan begitu sahaja dan sedar tak sedar sudah 3 jam masa diluangkan di sana. Jam menunjukkan 1 petang lalu kami beredar keluar dan tiba di Pasti Ibnu Sina pada 2 petang.

Program ini merupakan satu program tahunan dan tahun 2009 kami merancang untuk pergi ke tempat lain pula. Terima kasih atas sokongan dan dokongan semua yang terlibat menjayakan lawatan Zoo Negara ini.

AddThis Social Bookmark Button

5 Komen di sini

  • Anonymous  
    November 2, 2008 at 7:02 PM

    tahniah berjaya mengerakkan aktiviti bermasyarakat di Shah alam 2

  • Anonymous  
    November 3, 2008 at 5:11 PM

    terima kasih atas ucapan tu.
    tapi apa yang penting ialah kerjasama

  • Anonymous  
    November 3, 2008 at 11:30 PM

    ya betul....KERJAAAASAMA!!

  • Anonymous  
    November 4, 2008 at 12:22 AM

    Tahniah kepada PAS Caw. S.Alam2. Tahniah Kpd Imam Rosham (Ahli Majlis MDKS), Hj Zainuddin Shariff (Din), Akhie Zul ( ye ke tu). Hj. Zikri (Pak Ngah) tak dak dalam gambaq pun. Apa pun teruskan perjuangan memartabatkan islam melalui PAS. Saya doakan semoga kalian diberi kelapangan berterusan untuk berjuang. Selamat Hari Raya ( mungkin dah lewat).

    Rofdzi
    Manchester, UK.

  • Anonymous  
    November 4, 2008 at 6:34 AM

    Salam perjuangan Rofdzi di UK.
    Maaf x sempat nak htr anta di airport tmphari. Dpt tahu dari Un.
    Apapun kami doakan anta beroleh keselamatan dunia & akhirat. Ttg ucapan tu rasanye sesuai untuk Aidil Adha dan masih awal lagi. Lbh baik awal drp terlupa.

    Hj Zai, Akhie Zul, Imam Rosham

Post a Comment