PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Ihtifal PASTI Ibnu Sina 2008  

Semoga kalian menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Lihar Album Penuh di sini.

15 November 2008 : Hari ini PASTI Ibnu Sina berjaya mencipta sejarah apabila buat julung kalinya berjaya menganjurkan Program Ihtifal PASTI 2008 di Dewan Gemilang SK Fasa 2, Bandar Puncak Alam. Program ini merupakan majlis apresiasi kepada semua pelajar sessi 2008, sebagai menghargai segala keringat dan usaha mereka dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Kuala Selangor, Sdr Rosham Muhammad mencuit tumpuan dan perhatian para penonton apabila majlis diserahkan kepada dua pengacara cilik untuk menghoskan acara persembahan para pelajar. Antara persembahan menarik termasuklah bacaan dan hafazan surah Al-Quran, deklamasi sajak, nasyid Islami, hiwar Bahasa Arab, dan juga bercerita. Ihtifal kali ini turut menampilkan persembahan pidato oleh Adik Mariah Al-Qubtiah yang juga merupakan Johan Pidato PASTI Peringkat Kuala Selangor.

Alangkah bertuahnya para pelajar apabila sempat menggayakan fesyen muslim dan muslimah semasa pertunjukan busana muslim di hadapan Ahli Parlimen, YB Dr Dzulkefly Ahmad yang baru tiba kira-kira jam 10.30 pagi.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi PASTI Ibnu Sina, Tn Hj Zainuddin Hj Mohd Sharif dan diiringi ucapan Pengerusi PASTI Kuala Selangor, Ustaz Mohd Kamil Sidek. Ucapan Perasmian Penutup pula disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad yang terpaksa berangkat ke program lain sejurus selepas itu.

Tanpa YB Dr Dzul, acara ihtifal diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada semua pelajar. Antara pelajar cemerlang PASTI Ibnu Sina sessi 2008 ialah:

Pelajar 6 tahun :
  1. Nurrain Athirah bt Zikri (97%)
  2. Luqmanul Hakim bin Hj Zainuddin (95%)
  3. Muhammad Akmal Afiq bin Mohd Kamal Ariffin (94%)
Pelajar 5 Tahun
  1. Ahmad Imran bin Abdul Azim (98%)
  2. Muhamaad Azri Syahid bin Sakil (84.4%)
  3. Nur Fatin Farhana bt Mohd Ghazali (82%)
Pelajar 4 Tahun
  1. Amirul Azwar bin Mohd Azhar (96%)
Anugerah Pelajar Mithali 2008
  1. Nurrain Athirah bt Zikri
  2. Luqmanul Hakim bin Hj Zainuddin
Anugerah Tunas Harapan 2008
  1. Ahmad Imran bin Abdul Azim
Tahniah kepada semua pelajar dan semoga kecemerlangan ini berkekalan sepanjang hayat di dunia dan akhirat. Ihtifal PASTI bersurai pada jam 12 tengahari diakhiri dengan sessi fotografi.
Pihak Pengurusan Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ihtifal ini. Terutama kepada Cikgu Mas dan Cikgu Iza yang telah mendidik anak-anak Pasti selama setahun ini. Semoga amalan kita diterima jua oleh Allah SWT.

AddThis Social Bookmark Button

2 Komen di sini

  • Admin  
    November 15, 2008 at 6:43 AM

    tahniah kpd semua yag terlibat menjayakan program ini.

    hj zai - pengarah
    cikgu mas - guru
    cikgu iza - guru
    imam rosham - mc / timb pengarah
    pak lah - photographer
    azwari - protokol
    abg wan - pendaftaran
    mahizan - persiapan
    fadzli - pengangkutan
    pidy - tugas-tugas khas
    chef zul - makanan
    cikgu azhar - juruteknik
    ust saiful - pembantu persiapan
    khairolazli - pembantu juruteknik

    dan semua yg terlibat dlm program gilang-gemilang ini.

    -admin-

  • Anonymous  
    November 20, 2008 at 5:19 PM

    selagi ada kerjasama yang baik dan sikap yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing, insya Allah semua bisa diuruskan.

Post a Comment