PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Wakil YB Dr Dzul (Sdr Maskor) Di Kemeriahan Majlis Khatan Surau At-Taufiqiyyah  

Peserta diraikan dengan meriah.
Album penuh di sini.

22 November 2008 - Surau At-Taufiqiyyah, Shah Alam 2 telah diadakan upacara berkhatan secara beramai-ramai yang melibatkan 28 orang peserta anjuran bersama Persatuan Penduduk Shah Alam 2 dengan Surau At-Taufiqiyyah. Majlis berlangsung dengan suasana penuh keceriaan.

Majlis bermula pada 7 malam dengan solat maghrib berjamaah disusuli dengan perarakan bunga manggar dan diselang-seli dengan gemaan paluan kompang serta percikan bunga api. Para peserta kemudian disambut mesra oleh Pengerusi Surau dan Pengerusi Persatuan Penduduk dan acara ucapan pun bermula.

Setelah selesai ucapan daripada Pengerusi Surau, Pengerusi Persatuan Penduduk lalu majlis yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh wakil Ahli Parlimen Kuala Selangor iaitu Sdr Maskor Tumiran. Beliau menyampaikan salam YB Dr Dzulkefly Ahmad yang tidak dapat hadir bersama disebabkan masalah kesihatan YB yang tidak mengizinkan.

Beliau mengucapkan syabas kepada jawatankuasa penganjur kerana majlis seperti ini amatlah membawa erti yang cukup besar kepada masyarakat.

Selesai merasmikan, beliau telah sudi menyampaikan cenderahati kepada semua peserta dan setelah selesai solat Isyak berjamaah, semua yang hadir telah dijemput bersama untuk menikmati hidangan yang disediakan. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam. Esok Insya Allah para paserta akan dikhatankan oleh Dr Jisham Awang daripada Poliklinik Shamsara yang bermula pada jam 7.30 pagi.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Makluman : YB Dr Dzul Rasmi Majlis Khatan Surau At-Taufiqiyyah  

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau At-Taufiqiyyah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Shah Alam 2 akan menganjurkan Majlis Berkhatan beramai-ramai seperti butiran berikut:

Tarikh : 22 November 2008 (Sabtu)
Masa : 7.00 malam (selepas solat maghrib berjemaah)
Perasmian : YB Dr Dzulkefly Ahmad
(Ahli Parlimen Kuala Selangor)


Majlis berkhatan beramai-ramai akan dikendalikan oleh Dr Jisham (Klinik Shamsara) pada 23 November 2008 seawal 7.00 pagi. Semua ahli kariah dijemput hadir.
.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Ihtifal PASTI Ibnu Sina 2008  

Semoga kalian menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Lihar Album Penuh di sini.

15 November 2008 : Hari ini PASTI Ibnu Sina berjaya mencipta sejarah apabila buat julung kalinya berjaya menganjurkan Program Ihtifal PASTI 2008 di Dewan Gemilang SK Fasa 2, Bandar Puncak Alam. Program ini merupakan majlis apresiasi kepada semua pelajar sessi 2008, sebagai menghargai segala keringat dan usaha mereka dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Kuala Selangor, Sdr Rosham Muhammad mencuit tumpuan dan perhatian para penonton apabila majlis diserahkan kepada dua pengacara cilik untuk menghoskan acara persembahan para pelajar. Antara persembahan menarik termasuklah bacaan dan hafazan surah Al-Quran, deklamasi sajak, nasyid Islami, hiwar Bahasa Arab, dan juga bercerita. Ihtifal kali ini turut menampilkan persembahan pidato oleh Adik Mariah Al-Qubtiah yang juga merupakan Johan Pidato PASTI Peringkat Kuala Selangor.

Alangkah bertuahnya para pelajar apabila sempat menggayakan fesyen muslim dan muslimah semasa pertunjukan busana muslim di hadapan Ahli Parlimen, YB Dr Dzulkefly Ahmad yang baru tiba kira-kira jam 10.30 pagi.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi PASTI Ibnu Sina, Tn Hj Zainuddin Hj Mohd Sharif dan diiringi ucapan Pengerusi PASTI Kuala Selangor, Ustaz Mohd Kamil Sidek. Ucapan Perasmian Penutup pula disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad yang terpaksa berangkat ke program lain sejurus selepas itu.

Tanpa YB Dr Dzul, acara ihtifal diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada semua pelajar. Antara pelajar cemerlang PASTI Ibnu Sina sessi 2008 ialah:

Pelajar 6 tahun :
  1. Nurrain Athirah bt Zikri (97%)
  2. Luqmanul Hakim bin Hj Zainuddin (95%)
  3. Muhammad Akmal Afiq bin Mohd Kamal Ariffin (94%)
Pelajar 5 Tahun
  1. Ahmad Imran bin Abdul Azim (98%)
  2. Muhamaad Azri Syahid bin Sakil (84.4%)
  3. Nur Fatin Farhana bt Mohd Ghazali (82%)
Pelajar 4 Tahun
  1. Amirul Azwar bin Mohd Azhar (96%)
Anugerah Pelajar Mithali 2008
  1. Nurrain Athirah bt Zikri
  2. Luqmanul Hakim bin Hj Zainuddin
Anugerah Tunas Harapan 2008
  1. Ahmad Imran bin Abdul Azim
Tahniah kepada semua pelajar dan semoga kecemerlangan ini berkekalan sepanjang hayat di dunia dan akhirat. Ihtifal PASTI bersurai pada jam 12 tengahari diakhiri dengan sessi fotografi.
Pihak Pengurusan Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ihtifal ini. Terutama kepada Cikgu Mas dan Cikgu Iza yang telah mendidik anak-anak Pasti selama setahun ini. Semoga amalan kita diterima jua oleh Allah SWT.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Jemputan ke Ihtifal PASTI Ibnu Sina 2008  

YB Dr Dzul menyampaikan hadiah kepada pelajar PASTI yang cemerlang
dalam peperiksaan pertengahan tahun 2008.

Sukacita dimaklumkan bahawa PASTI Ibnu Sina Shah Alam 2 akan menganjurkan Majlis Ihtifal PASTI 2008. Program ini merupakan acara tahunan yang diadakan buat julung kalinya. Butiran majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 15 November 2008 (sabtu)
Masa :
9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Gemilang SRK Fasa 2 Bdr Puncak Alam
Perasmi : YB Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)

Turut hadir Ustaz Kamil (Pengurus Pasti Kawasan Kuala Selangor) dan Sdr Sazali Turiman (Ketua Pemuda Pas Kawasan Kuala Selangor). Semua warga Shah Alam 2 dan Puncak Alam turut dijemput dan semoga majlis ini diberkati dan dinaungi oleh Allah Taala jua.

.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Ceramah Umum di Saujana Utama  

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Lawatan PASTI Ke Zoo Negara  


Lihat album penuh di sini.

Program lawatan sambil belajar anak-anak PASTI Ibnu Sina, Shah Alam 2 ke ZOO Negara telah berjaya diadakan pada 2 Nov 2008 baru-baru ini. Penyertaan seramai 22 orang anak-anak PASTI , 3 orang guru serta 4 orang dari pengurusan PASTI telah turut serta. Bermula dari jam 8.30 pagi kami semua berkumpul di Pasti Ibnu Sina dan menaiki bas.

Tepat jam 9 pagi kami bertolak menuju ke Zoo Negara dan dimulai dengan bacaan doa naik kenderaan mudah-mudahan perjalanan ini selamat pergi dan selamat pulang kembali. Anak-anak Pasti sangat gembira dan ceria semasa berada di dalam bas. Lagu-lagu nasyid didendangkan serta dikumandangkan dan diselang-seli dengan ucapan Pengurus Pasti. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam untuk tiba ke destinasi.

Semasa tiba di pintu masuk Zoo, gambar kenangan dirakamkan bersama. Perkhidmatan keretapi bergerak jadi pilihan kami untuk meninjau keindahan ciptaan Allah dalam kehidupan alam haiwan. Pertunjukan burung kakak tua dan anjing laut tak dilepaskan begitu sahaja dan sedar tak sedar sudah 3 jam masa diluangkan di sana. Jam menunjukkan 1 petang lalu kami beredar keluar dan tiba di Pasti Ibnu Sina pada 2 petang.

Program ini merupakan satu program tahunan dan tahun 2009 kami merancang untuk pergi ke tempat lain pula. Terima kasih atas sokongan dan dokongan semua yang terlibat menjayakan lawatan Zoo Negara ini.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Konvoi Ziarah Ulama' : Hari Ketiga  

Kenangan bersama pihak pengurusan Maahad Darul Quran, Rusila
Album penuh hari ketiga di sini.


Hari ketiga, hari terakhir program ziarah kami kali ni.Sesudah solat subuh berjemaah, majoriti sahabat tak sabar2 lagi nak merasa kehebatan nasi dagang terengganu. Jam 7 pagi, rombongan kami mula menjejaki nasi dagang di warung-warung pekan batu 6. Tapi hajat kami tak sampai, warung nasi dagang tutup pulok hari tuh, nasi lemak ler habuannya.

Check-out dari Hotel Ayahanda Ustaz Khairul jam 8.30 pagi, kami singgah di pekan Batu 6 nak cari baju batik. Almaklum la sebelum ni bila attend jer function rasmi, asyik-asyik pakai baju batik yg sama gak. Pukul 10 pagi, tuan penyelaras program bawa kami ke Losong...hmmm...agak-agaknya dia nak suruh kami cari ape kat sini. Sempat singgah sebentar di Pulau Wan Man, tempat terdirinya monumen Masjid yang menjadi lambang pembaziran penguasa sekarang.

Dalam perjalanan kami ke Rusila, kami sempat menyusuri Pantai Batu Burok, lokasi peristiwa berdarah tanda kezaliman pemerintah. Tak jauh dari situ, tersergam indah Masjid Terapung tempat kami singgah melepas penat dan lelah.

Jam 11.30 pagi, tiba di Masjid Rusila dengan disambut oleh keriuhan pelajar2 Darul Quran yang berkumpul di sekitar Masjid. Rupa-rupanya kempen pilihanraya memilih pemimpim pelajar sedang berjalan. Alhamdulillah, awal2 lagi anak2 ini dah didedahkan dengan siasah Islam, InsyaAllah mereka ini akan menjadi pelapis kepada gerakan Islam satu hari kelak.

Kami dapat berita Tuan Guru Presiden ke luar negara, tapi Alhamdulillah kami disambut mesra oleh pengurusan Sekolah Darul Quran dengan diketuai oleh Mudirnya. Ustaz Hamzah Ngah pun ada bersama pada waktu tu. Dialog yang berlalu lebih setengah jam tu dilanjutkan hingga ke Restoran Lempeng, terletak di seberang jalan Masjid Rusila.

Masa berlalu pantas, jam 12.45 tghari kami mengucap selamat tinggal pada pimpinan Darul Quran. Ustaz Hamzah pesan datang pulok pertengahan tahun depan, kite candat sotong ngan Tuan Presiden.

Perjalanan pulang agak selesa, tak banyak kenderaan di jalan raya. Kami selamat tiba di Puncak Alam jam 9.30 mlm. Ke temu lagi di ziarah yang akan datang....Takbirrr.

Abu Amsyar.

Read More...
AddThis Social Bookmark Button

Konvoi Ziarah Ulama' : Hari Kedua  

Berdialog mesra dangan TG Harun Taib di rumahnya di Markaz Tarbiyyah Kubang Lembek, Manir.
Album penuh hari kedua di sini.

Selesai Solat Subuh berjemaah, kami bersiap ke Pasar Siti Khadijah untuk meninjau aktiviti pagi disana sambil bersarapan. Hj Din, anak jati Kg Gulang-gulang ambil kesempatan ini beli Golok Kelantan, katanya nak tumbangkan 10 ekor Lembu Raya Haji ni dengan golok baru. Suasana meriah dengan kaum Hawa mendominasi perniagaan disini.

Jam 10 pagi check-out dari hotel, dapat diskaun lagi pasal hotel hanya ambik rate sehari je walhal kami checkin pukul 8.30 pagi kelmarin. Syukran, moga Hotel Raudhah ni terus maju.

Perjalanan seterusnya ke Rantau Panjang. Agak-agak hampir dengan pekan ni, tersergam indah Masjid Antara Budaya di tepi jalan. Alangkah cantiknya Negeri Serambi Mekah ini berdakwah, Masjid yang bercirikan senibina bangsa Cina ditegakkan di sini.Sayangnya kami hanya merakamkan dari jauh kerana ianya ditutup kerana kerja-kerja pembinaan.

Rantau Panjang sinonim dengan pekan membeli –belah, kami pun tak buang masa terus shopping sama. ”Beras cap arnab jadi buruan, Haji gulang-gulang dapat habuan, Pak Mus juga yang terkilan”.

Dalam sibuk membeli-belah, terjumpa dengan sahabat lama, bekas rakyat Shah Alam 2 yang sekarang ni bertugas di Jeli. Sempat juga melepaskan rindu di tempat biasa, kedai kopi BNS cawangan Rantau Panjang.

Jam 1.30 petang kami bergerak menuju ke Nilam Puri. Agenda seterusnya, penyelaras program kami nak bawa melawat sekolah lamanya dan Masjid tertua di Tanah Melayu ini, Masjid Kampung Laut. Sempat jamak di sini sebelum meneruskan perjalanan kami ke Teluk Pasu, Negeri Darul Iman.

Jam sudah hampir 4 petang, destinasi yang dituju masih belum tiba. Ahh….perut aku dah memulas-mulas ni, bunyi macam nasyid Samir Yusuf, getus Si Mat Kedai. Kedai Sate Mastura di Kampung Jabi jadi pilihan kami untuk menggalas perut.Punye ler concentrate makan hingga tak perasan bekas Chief Justice, Tun Salleh Abbas ada di sebelah.

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah si Mat Kedai minta berhenti minum lagi, kali ni di Pantai Mengabang Talipot. Suasana pukul 6 petang di pantai amat menyamankan sambil pekena air nyiur. Hampir Maghrib kami tiba di teratak penyelaras program, di Teluk Pasu. Setelah makan malam bersama famili tuan rumah, kami bergerak menuju Kubang Lembek, tempat program diskusi hangat bersama Ustaz Harun Taib di rumahnya.

9.15 malam tiba di rumah Tuan Guru Ustaz Harun Taib, disambut mesra oleh Tuan Guru. Hidangan kuih raya dan kerpok jadi santapan kami sambil lontaran soalan dan kemusykilan diajukan kepada Tuan Guru. Hampir 2 jam Tuan Guru sudi melayan kami dengan pandangan dan nasihat kepada kami tentang Istiqamah dalam perjuangan. Terimakasih Tuan Guru, segala nasihat akan kami turuti.

Tiba di tempat persinggahan kami, Jam sudah pukul 12 malam, hanya bantal jadi tumpuan kami. Esok hari terakhir kami, destinasi Rusila jadi tempat terakhir persinggahan kami.



Read More...
AddThis Social Bookmark Button