PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Konvoi Ziarah Ulama' : Hari Kedua  

Berdialog mesra dangan TG Harun Taib di rumahnya di Markaz Tarbiyyah Kubang Lembek, Manir.
Album penuh hari kedua di sini.

Selesai Solat Subuh berjemaah, kami bersiap ke Pasar Siti Khadijah untuk meninjau aktiviti pagi disana sambil bersarapan. Hj Din, anak jati Kg Gulang-gulang ambil kesempatan ini beli Golok Kelantan, katanya nak tumbangkan 10 ekor Lembu Raya Haji ni dengan golok baru. Suasana meriah dengan kaum Hawa mendominasi perniagaan disini.

Jam 10 pagi check-out dari hotel, dapat diskaun lagi pasal hotel hanya ambik rate sehari je walhal kami checkin pukul 8.30 pagi kelmarin. Syukran, moga Hotel Raudhah ni terus maju.

Perjalanan seterusnya ke Rantau Panjang. Agak-agak hampir dengan pekan ni, tersergam indah Masjid Antara Budaya di tepi jalan. Alangkah cantiknya Negeri Serambi Mekah ini berdakwah, Masjid yang bercirikan senibina bangsa Cina ditegakkan di sini.Sayangnya kami hanya merakamkan dari jauh kerana ianya ditutup kerana kerja-kerja pembinaan.

Rantau Panjang sinonim dengan pekan membeli –belah, kami pun tak buang masa terus shopping sama. ”Beras cap arnab jadi buruan, Haji gulang-gulang dapat habuan, Pak Mus juga yang terkilan”.

Dalam sibuk membeli-belah, terjumpa dengan sahabat lama, bekas rakyat Shah Alam 2 yang sekarang ni bertugas di Jeli. Sempat juga melepaskan rindu di tempat biasa, kedai kopi BNS cawangan Rantau Panjang.

Jam 1.30 petang kami bergerak menuju ke Nilam Puri. Agenda seterusnya, penyelaras program kami nak bawa melawat sekolah lamanya dan Masjid tertua di Tanah Melayu ini, Masjid Kampung Laut. Sempat jamak di sini sebelum meneruskan perjalanan kami ke Teluk Pasu, Negeri Darul Iman.

Jam sudah hampir 4 petang, destinasi yang dituju masih belum tiba. Ahh….perut aku dah memulas-mulas ni, bunyi macam nasyid Samir Yusuf, getus Si Mat Kedai. Kedai Sate Mastura di Kampung Jabi jadi pilihan kami untuk menggalas perut.Punye ler concentrate makan hingga tak perasan bekas Chief Justice, Tun Salleh Abbas ada di sebelah.

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah si Mat Kedai minta berhenti minum lagi, kali ni di Pantai Mengabang Talipot. Suasana pukul 6 petang di pantai amat menyamankan sambil pekena air nyiur. Hampir Maghrib kami tiba di teratak penyelaras program, di Teluk Pasu. Setelah makan malam bersama famili tuan rumah, kami bergerak menuju Kubang Lembek, tempat program diskusi hangat bersama Ustaz Harun Taib di rumahnya.

9.15 malam tiba di rumah Tuan Guru Ustaz Harun Taib, disambut mesra oleh Tuan Guru. Hidangan kuih raya dan kerpok jadi santapan kami sambil lontaran soalan dan kemusykilan diajukan kepada Tuan Guru. Hampir 2 jam Tuan Guru sudi melayan kami dengan pandangan dan nasihat kepada kami tentang Istiqamah dalam perjuangan. Terimakasih Tuan Guru, segala nasihat akan kami turuti.

Tiba di tempat persinggahan kami, Jam sudah pukul 12 malam, hanya bantal jadi tumpuan kami. Esok hari terakhir kami, destinasi Rusila jadi tempat terakhir persinggahan kami.



AddThis Social Bookmark Button

2 Komen di sini

Post a Comment