PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

SEJARAH PENUBUHAN PASTI IBNU SINA  

Idea penubuhan Pasti ialah pada sekitar tahun 2006 di mana 'think tank' memikirkan tentang anak-anak ahli parti yang menghantar anak-anak mereka di taska-taska milik persendirian, padahal kita mempunyai modul Pasti yang telah diuji keberkesanannya dalam mendidk anak-anak menjadi insan yang beriman. Tambahan pula apabila diketahui bahawa Pasti yang berdekatan telah mendapat kepercayaan dan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

‘Think tank’ memikirkan bahawa masanya telah tiba untuk Pas Cawangan bergerak maju seiring dengan perubahan kearah pemantapan organisasi parti yang survival, dengan memiliki markaznya sendiri untuk menjalankan aktiviti-aktiviti usrah, mesyuarat dan tempat sumber maklumat yang terkini. Disamping itu ia secara tidak langsung akan menjana ekonomi parti dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sebagai sumbangan kepada masyarakat dalam hal pendidikan pra-sekolah.

Oleh yang demikian, bermula pada Ogos tahun 2006 maka aktiviti mengumpul dana telah diusahakan oleh ‘think tank’ dengan kekuatan tenaga yang ada dengan meletakkan sasaran Pasti akan dibuka pada awal tahun 2007. Hajat kami tak kesampaian kerana sumber kewangan tidak mencukupi namun kami tidak mudah berputus asa.

Usaha diteruskan juga pada awal tahun 2007 ibarat ‘berpantang ajal menyerah kalah sebelum berjuang bermati-matian'. Kaedah pinjaman sebanyak RM50-00 sebulan kepada ahli-ahli bermula dari bulan januari hingga ke disember 2007 diusulkan serta tanpa tunggu lama terus dijalankan disamping sumbangan sahabat luar serta bayaran zakat dikalangan sahabat digerakkan.

Maka akhirnya pada September 2007 impian untuk menubuhkan Pasti dimakbulkan jua oleh Allah. Syukur tidak terhingga kepadaNya yang telah memudahkan urusan ini. Mesyuarat pada bulan Oktober telah memutuskan dengan menamakannya dengan nama Pasti Ibnu Sina Shah Alam 2. Pada November 2007 ‘banner’ pendaftaran tahun 2008 telah dinaikan di simpang-simpang yang strategik di kawasan Shah Alam 2. Dalam pada itu mesyuarat telah memutuslan rumah No 52 Lorong Lautan Samudera 9/3, dijadikan tapak Pasti serta Pusat khidmat masyarakat Pas Cawangan. Setelah bayaran sewa yang pertama dibuat maka gotong-royong kerja mengecat bangunan Pasti dijalankan bersama-sama.

Pada Disember 2007, Alhamdulillah Pasti Ibnu Sina telah didatangi oleh para ibubapa dan masyarakat setempat dan sebanyak 33 orang pelajar 'pioneer' telahpun didaftarkan beserta dengan pengambilan 2 orang guru yang berdedikasi.

Seterusnya Jemaah Pengurusan telahpun diwujudkan dengan dianggotai oleh Hj Zai (pengurus), Mahazan (pen pengurus), Wan Rafiin (Setiausaha), Mohd Zulkifli (Bendahari) dan AJK terdiri daripada Mohd Fadzli, Ahmad Mahizan dan Pidy.

Marilah kita sama-sama berdoa agar usaha dan amalan kita yang sedikit ini diterima oleh Allah sebagai amalan kebajikan dengan mengharapkan keredhaanNya semata-mata. Amin

AddThis Social Bookmark Button

1 Komen di sini

  • Anonymous  
    December 30, 2008 at 8:55 AM

    Salam,

    Kami selaku ibu bapa salah seorang pelajar PASTI Ibnu Sina sesi lepas dan dua orang pd sesi akan datang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat mendidikan anak2 kami.

    SekianG.

Post a Comment