PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Hari Terbuka PAS di Stadium Melawati, Shah Alam  




Gelagat Ustaz Fauzan menjadi host memeriahkan acara ini.

Album penuh di sini

PAS cawangan Shah Alam 2 sentiasa memberikan sokongan padu setiap program anjuran PAS Pusat termasuklah hari Terbuka PAS sempena Eidul Fitri yang diadakan di Stadium Melawati.

Konvoi yang diketuai oleh Sdr Azwari, Setiausaha Cawangan tiba di perkarangan stadium pada 2.30 petang. Kami disambut mesra oleh Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Harun Din dan Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang serta barisan pimpinan PAS Pusat yang turut bersalaman dengan semua hadirin.

Kami juga sempat mendengar ucapan Aidilfitri Dato' Dr Hassan Ali dan YB Salahuddin Ayub. Turut kelihatan juga Dato' Mustafa Ali, YB Dr Dzulkefli Ahmad (MP Kuala Selangor) dan YB Khalid Samad (MP Shah Alam) yang sibuk melayan para tetamu. Di pihak muslimat pula, Ustazah Nuridah mengetuai barisan pimpinan muslimat bersalaman mesra dengan para tetamu yang juga terdiri dari kalangan bukan Islam.

Majlis turut dimeriahkan dengan telatah Deejay, Ustaz Fauzan yang juga penceramah tetap di Surau At-Taufiqiyyah, Shah Alam 2 Puncak Alam.

Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya membuktikan PAS adalah untuk semua 'PAS FOR ALL'.

Ps: Nantikan Hari Terbuka PAS Shah Alam 2.

AddThis Social Bookmark Button

0 Komen di sini

Post a Comment