Pihak PAS Cawangan SA2 mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Jaafar Asari yang telah kembali ke rahmatullah pada 15 Oktober 2008 (Rabu) jam 4.00 petang, di Hospital Pakar Subang Jaya akibat penyakit kanser.
Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan roh para anbiya, syuhada' dan solehin. Amiin.
Alhamdulillah Program Ziarah Raya 2008 yang bermula semalam bersamaan 13 Sept 2008, telah berjalan dengan lancar. Program ini yang bertujuan untuk menguatkan ukhwah sesama jemaah telah dimulakan di Fasa 2B1. Bermula selepas Solat Isyak di Surau At-Taufiqiyyah, Insyaallah akan diteruskan ke fasa-fasa yang lain selepas ini.
Program Ziarah di 2B1 dimulai di rumah En. Fadzli, kemudian En. Mat Nor, En. Pidy dan akhir sekali En. Mahazan. Program ini yang diketuai oleh Hj Zainuddin, telah diisikan dengan tazkirah ringkas oleh al-fadhil Ustaz Khairol. Acara pemberian duit raya serta Borang Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) turut disempurnakan kepada tuan rumah.
Read More...
Kami PAS Cawangan Shah Alam 2, Puncak Alam dengan rendah hati menjemput semua warga Puncak Alam amnya dan SA2 khususnya ke Majlis Aidiltri cawangan kami seperti berikut:
Tempat : Pusat Komuniti PAS Shah Alam 2 Tarikh : 17 Oktober 2008 (Jumaat) Masa : 9 - 12 malam.
Selamat Hari Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. TaqabbaLlahu minkum...
PAS cawangan Shah Alam 2 sentiasa memberikan sokongan padu setiap program anjuran PAS Pusat termasuklah hari Terbuka PAS sempena Eidul Fitri yang diadakan di Stadium Melawati.
Konvoi yang diketuai oleh Sdr Azwari, Setiausaha Cawangan tiba di perkarangan stadium pada 2.30 petang. Kami disambut mesra oleh Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Harun Din dan Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang serta barisan pimpinan PAS Pusat yang turut bersalaman dengan semua hadirin.
Kami juga sempat mendengar ucapan Aidilfitri Dato' Dr Hassan Ali dan YB Salahuddin Ayub. Turut kelihatan juga Dato' Mustafa Ali, YB Dr Dzulkefli Ahmad (MP Kuala Selangor) dan YB Khalid Samad (MP Shah Alam) yang sibuk melayan para tetamu. Di pihak muslimat pula, Ustazah Nuridah mengetuai barisan pimpinan muslimat bersalaman mesra dengan para tetamu yang juga terdiri dari kalangan bukan Islam.
Majlis turut dimeriahkan dengan telatah Deejay, Ustaz Fauzan yang juga penceramah tetap di Surau At-Taufiqiyyah, Shah Alam 2 Puncak Alam.
Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya membuktikan PAS adalah untuk semua 'PAS FOR ALL'.
Ps: Nantikan Hari Terbuka PAS Shah Alam 2.
Read More...
Mursyidul Am, Presiden, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, dan Pesuruhjaya PAS Negeri-Negeri & Wilayah Persekutuan dengan segala hormatnya mempersilakan :
Ahli-ahli & Penyokong PAS & Pakatan Rakyat serta orang ramai
Ke Majlis Hari Terbuka PAS Sempena Eidulfitri 1429H Pada: