Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Selangor
at 09 April 2009
Alhamdulillah pada 5 April 2009 yang lalu (Ahad) bertempat di Dewan Kuliah Inpens International College Kuala Selangor pada jam 8.30 pagi hingga 5 petang, Pas Kawasan Kuala Selangor telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke 21 dengan dirasmikan oleh AJK Pas Pusat YB Dr Dzulkefly Ahmad. Majlis ini menjadi catatan bersejarah sebab pertama kali wakil Kelab Penyokong Pas dijemput bersama-sama.
Usia 21 tahun telah mencerminkan bahawa Pas Kawasan semakin matang serta meningkat usia pemuda. Pas Cawangan Shah Alam 2 telah menghantar 6 orang untuk menjadi perwakilan, 3 mewakili pemuda dan 3 lagi mewakili cawangan.
Sesuai dengan usia pemuda, permulaan mesyuarat agak tegang tapi semuanya berjalan dengan teratur sebab Allah & Rasul menjadi pegangan mutlak kepada perjuangan. Akhirnya 2 orang daripada Pas Caw SA2 mewakili Pas Kawasan dan 2 orang mewakili Pemuda Kawasan.
Selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Mudah-mudahan amalan dan kerja yang dijalankan mendapat kerahmatan dariNya Yang Maha Esa. Taqabballahu minna wa minkum.
Read More...