PAS Caw Shah Alam 2

Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Karnival Sukan KSP 2010 : Laporan Minggu Kedua  

13 Mac 2009: Sejumlah 11 pasukan telah menyertai acara futsal yang dianjurkan oleh PAS Shah Alam 2 sempena Karnival Sukan KSP 2010.

Turut memeriahkan pertandinagan ini ialah wakil daripada PAS Cawangan Fasa 2 dan PAS Cawangangan Fasa 3, Puncak Alam sea wakil penganjur.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan anak muda tempatan, CINCAU FC yang berjaya mengalahkan pasukan KRM pada perlawanan akhir.

Pasukan KSP FC yang diwakili oleh pemuda PAS Shah Alam 2 hanya mampu menduduki tempat keempat setelah kalah tipis kepada pasukan TENIS dalam penentuan sepakan penalti yang penuh dramatik.

Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada pasukan KSP FC kerana menjuarai tahta liga kumpulan A sebelum mara ke separuh akhir.

Secara keseluruhannya. program ini berjalan lancar tetapi pihak penganjur harus lebih tegas dalam etika berpakaian kerana masih ada segelintir pemain yang masih memakai seluar di atas paras lutut walaupun telah diterangkan sebelum ini.

-gambar akan menyusul-

AddThis Social Bookmark Button

1 Komen di sini

Post a Comment